Saturday, August 8, 2009

Rahsia Linda...


Hey All! Kalau nak tahu sangat-sangatkan.. Sebenarnya, salah seorang ahli The Wannababes yang kononnya Great lah sangat tuh, ada sebuah rahsia yang perlu kita korek dalam-dalam sampai kita tahu apakah ia......

Dan, kami, penyiasat antarabangsa , The Coolbabes and also The Prettybabes telah mengorek rahsia tersebut ke dalam lubang cacing. Dengan susah payah dan senang hatinya kami ingin mempamerkan berita tersebut::

LINDA THE GREAT WANNABABES SEBENARNYA MISKIN!!!!!!

Jikalau anda semua pandang dengan betul-betul, ketika The Great Wannababes baru sahaja pulang dari vacation, Linda hanya mampu membeli sepasang stokin shaja! Bayangkan ahli-ahli lain membeli dengan megahnya bajulah itulah inilah tetapi Linda hanyalah muncul dengan sepasang stokin. Tidak kah pelik??

Satu lagi bukti...
Ketika itu, kami , The PrettyCoolbabes sedang shopping bersama-sama dan tiba-tiba kami terserempak ( bukannya nampak depan-depan ) tetapi nampak dari jauh. Jauh yang mata kepala kamera kami sendiri boleh lihat. Linda , yang kononnya kaya itu, melakukan jenayah mencuri kesemua barang berharga di situ! Sanggupnya dia?

Memang Linda amat licik melakukan kecurian itu kerana dia berjaya mengaburkan kamera sekuriti dari nampak apa yang kami nampak. Tetapi, salah seorang dari The Coolbabes telah melihat Linda mencuri dan dengan segera merakam sesi kecurian itu. Kami melaporkan kepada pihak mall tersebut dan akhirnya, Linda berjaya ditangkap.

Linda yang kononnya ayah dan ibunya menjalankan perniagaan bisnes, semuanya tipu belaka! Ayah dan ibunya sebenarnya duduk di kampung!! Dia sanggup menipu demi mengejar populariti,, Kita jadikan contoh Linda ini sebagai pengajaran supaya JANGAN MENIRU AKSI INI DI DALAM HIDUP ANDA KERANA ANDA MUNGKIN DIMASUKKAN KE DALAM PENJARA SEPERTI THE WANNABABES...

P/S: Penjara The Wannababes ialah Kampung New York di Sarawak..

0 fan(s):