Monday, August 3, 2009

The Wannababes Sudah Kembali??!!


Seperti yang anda semua lihat di gambar yang tertera di atas, The Wannababes, yang pada mulanya dikenakan hukuman yang teramatlah sangat berat kerana melepak di THE GLITTER, sekarang ini sedang dalam perjalanan pulang dari Kampung New York, Sarawak.

Semua warga Sekolah Sri Bangsar sudah maklum, The Wannababes tersilap langkah ingatkan pergi ke New York rupa-rupanya ke Kampung New York di Sarawak. Mereka di hantar ke sana sebenarnya sebagai hukuman kerana kes berat...

Kerana Hakim Ain Maisarah sudah pun berlembut hati, The Wannababes dibenarkan pulang ke Sri Bangsar. Kami, The Pretty Coolbabes sudah pun bersiap sedia untuk bergosip tentang mereka dan biarkan mereka semua tahu bahawa satu sekolah Sri Bangsar sudah ketahui tentang silap langkah mereka..

Oleh itu.. marilah kita bersiap sedia!

0 fan(s):