Sunday, September 13, 2009

Sedutan Nomik ThePrettyCoolBabes!

Agaknya.. Ramai tak yang tertunggu-tunggu Nomik The PrettyCoolBabes ini? Tidak mengapalah.. Saya ingin memberikan sedikit sinopsis.. (sedutan kena tulis) tentang Nomik ThePrettyCoolBabes:
~Kisah Kami~ ..

Ianya tidak terpapar lagi di muka skrin SSB kerana masih belum di siapkan sepenuhnya...

---

Ia merupakan tahun 2009 yang baru buat The Prettybabes yang bakal mengambil SPM tahun ini. Mereka ini, bersekolah di sekolah yang sudah agak lama dibuka, Sekolah Seri Bangsar.
Ahli-ahli The Prettybabes yang sudah pun berdaftar, tujuh orang kesemuanya ::

-Alyia --leader
-Cuna --penolong
-Yana
-Ummi
-Ayu
-Shikin
-Meera

Tahun ini, The Prettybabes mahu menjadikan tahun ini sebagai tahun yang ter'best' buat mereka sendiri. Maklumlah, The AB Sisters, The Cutebabes dan The Coolbabes semuanya Tingkatan 4.

Tetapi, pada first day of school itu, The Prettybabes dikejutkan dengan berita buruk yang tersangat bagi mereka. Principal Sekolah Seri Bangsar, Puan Hajah Zainah, memaklumkan bahawa separuh dari Tingkatan 4 tahun itu akan di lompatkan tingkatannya ke Tingkatan 5.

The Prettybabes, yang cool, pretty aka cantik manis, dan juga kaya belaka, kesemuanya amat lah terkejut! Tidak sangka tahun kegembiraan mereka bakal bertukar menjadi Tahun Yang Kedukaan buat mereka.

------------
~~ The Coolbabes? The Coolbabes juga terdiri dari ahli-ahli Tingkatan 4 iaitu::

-Sheqah --leader
-Syaza
-Hanan
-Anna
-Nabilah
-Ain
-Ilya

Mereka sememangnya sudah tahu akan perkara ini kerana sudah dimaklumkan oleh Puan Hajah Zainah sejak akhir tahun Tingkatan 3 lagi. Oleh kerana PMR mereka semuanya lulus cemerlang, Puan Hajah Zainah bertindak untuk melompatkan tingkatan bagi kesemua Tingkatan 3. First time dibuat begitu..

-------------------

~~ Perkenalkan.,.. Kumpulan jahat ( yang wajib ade dalam setiap novel ) .. The Vikki Girls! Mereka ini terlibat dalam program pertukaran pelajar. Dari seberang sana, datang ke Sekolah Seri Bangsar. Kelima-lima mereka ini pelajar berdarah kacukan, yang gedik , loaded , sombong tetapi cantik-cantik manis belaka. Ahli-ahli Berdaftar::

1. Ungku Maria Diana ( The Leader )
==Dipanggil Maria
Pelajar Berdarah Kacukan Russia+ Melayu +Spain

2. Sri Fatisha ( V.President )
==Dipanggil Tisha
Pelajar Berdarah Kacukan Cina + Melayu +

3. Geanna Ross (AJK Kehormat 1 )
==Dipanggil Gina
Pelajar Berdarah Kacukan Mexico + Melayu + French

4. Intan Mien (AJK Kehormat 2 )
==Dipanggil Diamond
Pelajar Berdarah Kacukan Brazil + Melayu + Arabian

5. Crystal Moore ( AJK Kehormat 3 )
==Dipanggil Crystal
Pelajar Berdarah Kacukan Jepun +Korea+Melayu

--------------------------------------------------------------

Harap semuanya ternanti-nantikan NoMik Baru The PrettyCoolBabes! ~Kisah Kami~

Saturday, September 12, 2009

Lamanya..

Nampaknya , sudah lama ThePrettyCoolBabes tidak meng'update' blog.
Sekarang ni kan, musim peperiksaan... Nak buat macam mana?
Nomik.. Tak lama lagi keluar lah tu..
Tunggu lepas exam jer..
Tak lama lagi, setelah mendapat kebenaran kak Alyia,
Sinopsis akan dikeluarkan di blog.
Ya!
Anda dikehendaki mengikuti blog ini, sekiranya mahu mengetahui tentang perkara terbaru ThePrettyCoolBabes..
Dengarnya, AB Sisters sudah mulakan cabang "family" baru. Nampaknya mereka sudah aktif semula. The Cutebabes? Setahu saya, tengok di blog mereka, pasal kad raya... Iyalah, nak raya?

Suprise ABS sudah pun terbongkar.. Ada juga cadangan supaya ketiga-tiga kumpulan ini, buat suprise sama-sama.. Kalau nak buat suprise pun.. Apa ye?
Kepada follower-follower, kami menghargai anda kerana meng'follow' kami.. Tidak lama lagi, lagi banyak gosip HOT akan keluar di blog kami..

Sekian, Syaza..

p/s: Harap, Ahli ThePrettyCoolbabes yang lain, turut menyumbangkan gosip juga ye?

Sunday, September 6, 2009

Gosip Terbaru! Farah dan Ina Geng Terbaru The Wannababes?



Ahli The Wannababes.. Tujuh orang semuanya.. Agaknye.. Shazarina or Ina and kawan baiknya , Farah Aryani or Farah, bakal join mereka? Baca.. Jangan tak baca!!

Setelah The Wannababes pulang tiga bulan dari "New York", mereka mendapati bahawa ada dua orang yang sudah pun popular di situ. Siapa lagi kalau bukan Ina dan Farah! Mereka terkenal sejak ketiadaan The Wannababes. Siapa yang sangka, Ina dan Farah juga mempunyai beg LV setanding dengan Fasharina Bt Tan Sri Hisham! Ini kata-kata yang dipetik setelah salah seorang agen dalaman kami meng'interview' mereka..

Kami juga mampu untuk membeli beg Louis Vuitton! Papa saya, seorang peguam yang berjaya juga mama saya. Mereka loaded... Tak kurangnye kawan saya, Ina! Mama dan papanya, mempunyai kedai yang fabulous dan laku sendiri! Mereka mempunyai banyak cawangan di seluruh negara. Jadi, jika anda katakan kami penipu, anda salah sama sekali!


Begitulah kisahnya.. Lagi-lagi.. Agen kami terdengar The Wannababes menjalankan mesyuarat sama ada untuk menerima atau tidak dua ahli baru ini. Reaksi mereka bagaikan positif. Tapi, tak lama, ada surat pekeliling yang jelas sekali diedarkan oleh Fasha, sampai kepada kami semua. Surat ape? Saya pasti anda sudah menerimanya..

Mereka pasti memerlukan mereka berdua sebagai orang kuat. Tugas untuk membuli Mimi Monira, Badak Air kita, akan menjadi lebih senang sekiranya mereka ada. Betul bukan? Nantikan lagi berita penyambungnya oleh ThePrettyCoolBabes..

Pengutip Gossip - Syaza

Selamat Menjalani Peperiksaan UPSR!

Syaza-The Coolbabes...

Hah.. UPSR tinggal beberapa hari saja lagi.. Sebenarnya, saya ni pun baru sahaja habis belajar.. Nomik ThePrettyCoolbabes tu dah hampir siap.. Dua page lah... Sebab kena belajar.. Sorrry ye, mak saya kata, habis PSRA baru boleh scan.. Tapi.. Habis PSRA... Raya.. Tak pelah..

Lari Topik lak.. Saya hanya nak katakan, Kepada yang ambil UPSR dan PSRA tahun ini, saya ucapkan selamat berjaya! Seperti yang ahli-ahli yang ambil:

-Sheqah (UPSR)
-Syaza 97 (UPSR. PSRA)

Yang lain tuh.. 11 tahun.. Tahun depanlah nampaknya.. Apa-apa pun.. Gud luck to all! Including yang akan ambil periksa dari para pelajar Sri Bangsar.. dan juga kumpulan-kumpulan lain, AB Sisters.. Nina dan Liya.. Juga The Cutebabes kalau ada yang ambil.. Gud luck!

Tuesday, September 1, 2009

Permulaan Nomik ThePrettyCoolbabes..

Sebenarnya.. Saya, Syaza berancang nak buat Novel+Komik seperti yang dibuat oleh Alif Firdaus Azis.. Part Komik.. Part Novel.. Sebelum ni nak buat Komik sahaja tapi kerana UPSR so tak jadi.. Tapi jangan risau... Novel ini hanyalah untuk menerangkan beberapa part yang tak beberapa betul tuh.. dan juga takut gambar tak masuk kan?

Komik still 75% dan Novel 25% So.. anda yang tidak suka membaca di SSB, bolehlah rajin-rajin tengok NOMIK ThePrettyCoolBabes ... Kisah Kami !

Tapi still ini hanyalah rekaan semata-mata.. Memang akan masuk The AB Sisters dan The Cutebabes.. Tapi sikit-sikit sahajalah.. Tak salahkan? Pelajar-pelajar popular pun akan guest starring juga di situ..

So.. seperti yang saya pernah post di sini, Siapa yang mahukan namanya atau karakternya dalam Nomik ThePrettyCoolbabes. ade banyak cara!!

Antaranya..

-Komen di sini...
-Follow kami as Blog Follower
-Myspace add!
-Friendster dan Facebook juga add!