Wednesday, December 2, 2009

Episode 3: Intan Dilyana Datang!! ♦Part 2♦


Breakfast hari itu, Mess Hall senyap juga sunyi atas dua sebab. Pertama, kehadiran Intan Dilyana bersama adik dan sepupunya menyebabkan ketidaksenangan para cheerleaders untuk berborak ataupun bermain-main seperti kebiasaanya. Kedua pula, kerana mereka semua tahu, Abang Kamal yang tersayang sedang patah dan makan hati dengan Intan Dilyana, gadis yang berjaya menambat hati Abang Kamal.
Of course, Nina(THEABS) dan juga Ummi perasan akan kemurungan Abang Kamal pada hari itu. Mereka berdua risau dengan keaadaan Abang Kamal yang mungkin akan murung berpanjangan dan tak lama lagi berkemungkinan untuk mendapat penyakit murung selalu!
Nina secara tiba-tiba menghantar sms kepada Ummi yang dahulunya rival dalam perebutan Abang Kamal.

From: N!n@ @Bs
To: ○Mm! n0Mm!



Ummi.. I know this is awkward but.. Saya risaulah psl Abang Kamal.. Sejak die break dengan Intan Dilyana tuh.. Dia murung aja.. Kalau tak, die happy selalu.. Tadi, masa Liya tegur dia, Abang Kamal marah-marah.. 


Sebaik sahaja Ummi perasan akan kehadiran sms tersebut, dia terus membalas...

From: oMm! n0Mm!
To: N!n@ @Bs



Ye.. Ummi pon setuju.. Meet me and The Prettybabes sme2 ngan yang lain dekat kabin The Prettybabes. We have to do something..


Habis sahaja membaca butir-butiran mesej tersebut, Nina terus mengfowardkan mesej tersebut kepada semua ahli Cheerleaders.
Ummi memandang sekilas ke arah jam tangan berjenamanya. 1.20 petang. Abang Kamal sudah pun bergerak ke masjid dan ahli-ahli Cheerleaders sudah pun selesai solat Zuhur berjemaah. Ummi memberi tanda isyarat kepada Nina menandakan mesyuarat sudah pun boleh dimulakan.

Nina: Hello all! Hari ni, Nina dan Ummi mengadakan meeting ini adalah untukk..   menyatukan kembali perhubungan Intan Dilyana dengan Abang K..
Ummi: Abang K..k.. k..
Nina: K.. k.. k..
Dina: ABANG KAMAL!
Nina: Hah.. Tu apa yang Nina cakap tuh..  
Ummi: Ada apa-apa soklan?
Fatira: Bukan ke kita semua tak setuju Abang Kamal dengan Intan Dilyana??
Nina: Kami terpaksa.. sebab..
Ummi: Sebab..
Nina: Sebab..
Ummi: Sebab.. Kami risau.. Abang Kamal boleh mendapat penyakit kemurungan sepanjang masa disebabkan oleh Intan Dilyana!

Semua ahli Cheerleaders di situ terdiam. Hmm... Betul juga apa yang dikatakan oleh Ummi.. Tak ada salah.. Banyak betul..

Sedang mereka bermesyuarat sakan, mereka tidak sedar langsung bahawa dua pengintip eksklusif Intan Dilyana sedang mengintip mereka bagi mendapatkan butir-butir mesyuarat..

 
Kedua-dua budak perempuan itu berlari sekuat yang mungkin setelah mereka sedari bahawa ada yang telah pun perasan akan kehadiran mereka berdua. Kedua-dua budak perempuan tersebut akhirnya sampai di kabin yang berwarna pink. Di pintu kabin tersebut tertulis,

Intan Dilyana's Cabin 

Mereka berdua mengetuk pintu itu dan.. Intan Dilyana membuka pintu tersebut. Kedua-dua budak perempuan itu masuk dengan cepat.

Intan: So?
Sara: Akak.. Bagilah kitorang rest dulu! Penat lari nih..
Scha: Tu ah...

Oh! Sebelum kita lanjutkan cerita, ini sedikit Profil Peribadi mereka bertiga..

Intan Dilyana Darina Bt Dato' Ali
Umur : 22 tahun (sebaya dengan Abang Kamal)
Favs : Colour (Pink!) Food (Chocolate!) Drinks (100plus)
Intan Dilyana Darina seorang anak Dato' yang manja dan gedik. Bagaimana Abang Kamal boleh terpikat dengannya masih rahsia (dia pakai bomoh kowt? ) Sukakan colour pink. Tujuannya datang ke Jungle Rock Camp adalah untuk ambil tahu tentang apa yang sedang terjadi apabila Abang Kamal tidak membalas mesejnya selama 4 jam. Sangat mementingkan penampilan diri dan suka mengarah dan membuli adiknya, Sara. Suka memakai kasut tumit tinggi yang ketinggian 10 inci!

Intan Sara Amira Bt Datuk Ali
Umur: 17 tahun
Favs: Colour (Green) Food (Candy!) Drinks (IcedLemonTea)
Intan Sara Amira adik kepada Intan Dilyana Darina yang dibenci oleh hampir semua ahli pasukan Cheerleaders. Sara tidak beberapa suka melawan , hanya suka mengikut sahaja. Oleh itu, dia anak kesayangan nombor 2 Dato Ali. Nombor 1 mestilah Intan Dilyana. Menjadi pengintip special Intan Dilyana.

Siti NurShasha Bt Redzuan Rizal
Umur: 16 tahun
Favs: Colour (HotPink!) Food (NasikLemakLowFat) Drinks (Mocha Latte)
Siti NurShasha adalah sepupu kepada Intan Sara Amira dan Intan Dilyana Darina. Dipanggil Scha sebagai nama glamornya. Artis pujaan nye sudah mesti Scha Al-Yahya. Dia dikira sebagai pengikut setia Intan Dilyana tetapi jjuga sukakan Abang Kamal. Juga pengintip special Intan Dilyana. Tidak berani melawan kakak sepupunya yang garang.
Scha tidak lama kemudian menceritakan segala-galanya bersama Sara.

Scha: Tadi..Masa kitorang pegi mengintip diorang,,
Sara: Mereka ternampak kitorang..
Intan: And then?
Sara: Sebenarnye..... Mereka tengah.. planning nak break kan akak dengan Abang KAMAL!
Intan: What??! How could this be? Crazy or what!
Scha: Tulah akak.. Scha pon tengah risau nihh..
Intan: MACAM NILAH! Nanti, Scha dan Sara pergi tengok kertas kerja ke, paperwork ke, folio ke, or anything tempat yang diorang plan untuk break kan akak dengan Abang Kamal. Make a copy and bring it back here ASAP!
Sara dan Scha: ROGER!

Sebenarnya, Sara dan juga Scha terdengar perkara yang salah sama sekali dengan apa yang dibincangkan oleh mereka yang lain. Pada pukul 3, apabila Abang Kamal sudah balik, semua ahli The Cheerleaders bersurai dan masuk kembali ke kabin masing-masing. Setelah mereka bersurai, Sara dan Scha cepat-cepat mencari perkara yang diinginkan sejak dari tadi lagi. Akhirnya, mereka jumpa sebuah buku nota spiral di atas meja. Sara membukanya..

PLAN UNTUK MENYATUKAN INTAN DILYANA DAN ABANG KAMAL

Mission 1: Meletakkan nota kecil di dalam kabin Intan Dilyana mengatakan Abang Kamal mahu berjumpa di tasik dan mahu membawanya berjalan-jalan. Untuk Abang Kamal pula, kita tulis nota mengatakan bahawa Intan Dilyana mengajak Abang Kamal untuk berbaik semula di tepi tasik. Kita pula, pada hari itu perlulah menyediakan life jacket dan juga boat untuk mereka berdua naik. Sekiranya boleh, kita mestilah menciptakan suasana romantik buat mereka berdua.


Sara berhenti membaca. List Mission di situ sungguh panjang. Mission 1 sudah pun membuat dia menggeletar apatah lagi Mission-mission yang lain. Sara sebenarnya tidak mahu kakaknya, Intan berbaik semula dengan Abang Kamal. Dia terpaksa menurut kata-kata kakaknya yang sombong tetapi cantik itu. Dia mengeluh seketika. Tetapi, secara tiba-tiba, dia mendapat idea!

Sara: Scha.. Awak nak ke kak Intan berbaik semula dengan Abang Kamal?
Scha: Nakk..  
Sara: Jawab betul-betul, Scha! Betul ke awak nak Kak Intan berbaik semula dengan Abang Kamal???!!
Scha: Sebenarnya.. Takk..
Sara: habis?
Scha: Saya takut Kak Intan nampak .. Nanti mesti kena sebat..
Sara: Don't worry. Kak Sara baru dapat idea...
Scha: Idea??
Sara: Idea yang teramat bernas. Cuba Scha baca ni.
Scha: Ish! Banyaknye plan diorang nak satukan Abang Kamal dengan Kak Intan! Saya tak boleh berdiam diri ni!!
Sara: Tau tak ape.. Macam ni.. Akak rase, apa kata, kita type yang songsang punya, kononnya mereka sebenarnya nak putuskan Kak Intan dengan Abang Kamal macam yang kita silap dengar tadi. Amcam?
Scha: Scha tak tau lah.. Scha takut nak tipu Kak Intan..
Sara: Takpe.. Biar akak Sara je yang uruskan bab tipu tuh.. Nah! Scha ambil nih, akak nak, Scha tukar kan plan-plan ni jadi songsang dalam komputer. Akak nak secepat mungkin dalam masa lagi 2 jam. Faham?!
Sara: Faham..  
Setelah dua jam menunggu, Intan Dilyana mula resah. Dia takut pengintip-pengintipnya iaitu Scha dan Sara ditangkap basah oleh ahli-ahli Cheerleaders yang memusuhi dia. Silap-silap, mereka kena denda teruk-teruk dengan ahli-ahli Cheerleaders yang Intan Dilyana agak geruni.

Dia mundar-mandir di kabinnya yang luas lagi selesa itu. Tidak boleh langsung duduk diam kerana terlalu memikirkan keposibiliti adik dan sepupunya ditangkap basah. Tak lama kemudian, dia mendengar beberapa bunyi tapak kaki menuju ke arah kabinnya. Siapa agaknya? Bisik hati Intan Dilyana.

Sara+Scha: Assalamualaikum!!
Intan: Waalaikumussalam.. Password!
Sara+Scha: Abang Kamal.

Intan segera membuka pintu. Setelah mereka berdua masuk ke dalam, dia menoleh ke arah kanan dan kiri bagi memastikan tiada sesiapa yang mengikuti mereka. Kemudian, dia menutup pintu pink tersebut dan menguncinya.

Intan: So.. ??
Sara: Kami berjaya!
Intan: Bagus! Hand me the worksheet..

Sara menghulurkan satu buku kertas kerja yang dipegangnya tadi. Intan mengambil dengan kasarnya dan mula membuka kemudian membacanya dengan tekun sekali.

PLAN UNTUK MEMISAHKAN INTAN DILYANA DAN ABANG KAMAL

Mission 1: Meletakkan nota kecil di dalam kabin Intan Dilyana mengatakan Abang Kamal mahu berjumpa di tasik dan mahu membawanya berjalan-jalan. Untuk Abang Kamal pula, kita tulis nota mengatakan bahawa Intan Dilyana mengajak Abang Kamal untuk berbaik semula di tepi tasik. Kita pula, pada hari itu perlulah menyediakan balloon lumpur, seaweed basah dan juga boat terkotor untuk mereka berdua naik. Ketika mereka berdua sedang senang-senang naik, kita baling balloon lumpur ke arah Abang Kamal dan membuatkan seolah-olah Intan Dilyana yang membalingnya. Kemudian, kita tampalkan seaweed basah di baju pinknya itu. Last sekali, di hujung trip, kita mestilah mencuba sedaya upaya untuk membuatkan Intan Dilyana menampar Abang Kamal sekuat-kuat hati.


Selesai sahaja membaca keratan pertama, Intan Dilyana terus terduduk dari posisinya yang berdiri sebentar tadi. Dia agak terkejut. Melampau juga keinginan ahli-ahli Cheerleaders mahu memisahkan mereka berdua. Hmm.. Dia berfikir seketika. Tiba-tiba, SSNAP!! Kedua-dua jarinya berpetik menandakan idea yang bernas sudah masuk ke dalam kepala otaknya!
Keesokan harinya...

Yana sebagai ketua Mission 1 bersiap sedia dengan clipboard, wisel, lifejacket, bunga ros dan bermacam-macam lagi. Yana terpaksa menjadi ketua bagi Mission 1 kerana Ummi dan Nina tidak sanggup menanggung tanggungjawab sebagai ketua untuk menyatukan musuh sendiri dengan lelaki idaman mereka berdua.

Yana: Sector A! Okey? (Yana memanggil melalui Walkie Talkie)
Liya: Okey!
Yana: Sector B Okey?
Nurina: Okey!
Yana: Sector C okey?
Liza: Okey!
Yana: Sector D okey?
Sheqah: Okey!
Yana: Sector E okey?
Alyia: Okey!

Yana kemudian bergerak ke arah posisi nya yang sudah pun dirancang. Kelihatan Abang Kamal dan Intan Dilyana sedang berjalan berdua-duaan sambil berborak-borak.

----SEBELUM ITU..----

Kamal pergi mengetuk pintu kabin Intan Dilyana. Dari dalam, Intan Dilyana sudah pun bersiap sedia dengan peralatan dan juga plan-plannya yang tersendiri. Dia sudah pun berpesan kepada Sara dan Scha agar sentiasa berada dekat dengannya tetapi tidak boleh dilihat oleh sesiapa pun.

KNOCK ! KNOCK ! Bunyi ketukan pintu yang kuat membuatkan Intan Dilyana tersentak. Blusher yang pada mulanya disapu lembut pada pipi agar nampak kemas dan rata serabai akibat tersentak tadi. Barulah dia tahu bahawa Kamal sudah pun menunggunya diluar. Dia mempercepat solekannya itu lantas mengambil beg tangan dan seterusnya membuka pintu. Di tangan Abang Kamal pula sudah pun ada sejambak bunga ros yang tersergam indah.

Kamal: Here. These are for you, Aina.
Intan: For me? Thank you!
Kamal: SO.. Are you ready to go?
Intan: Yup! Let's go!

Kamal dan Intan berjalan beriringan. Sekali sekala Kamal cuba mencapai tangan Intan tetapi Intan pada hari itu jual mahal dan menolak capaian tersebut. Mereka berjalan berdua-duaan sehingga sampai di tasik.

Kamal: Aina.. Wanna go boat riding?
Intan: Um...

Dia teringat keratan semalam.

Kita pula, pada hari itu perlulah menyediakan balloon lumpur, seaweed basah dan juga boat terkotor untuk mereka berdua naik. Ketika mereka berdua sedang senang-senang naik, kita baling balloon lumpur ke arah Abang Kamal dan membuatkan seolah-olah Intan Dilyana yang membalingnya. Kemudian, kita tampalkan seaweed basah di baju pinknya itu. Last sekali, di hujung trip, kita mestilah mencuba sedaya upaya untuk membuatkan Intan Dilyana menampar Abang Kamal sekuat-kuat hati.
Intan: Takpelah bang.. Intan nak jalan-jalan je..
Kamal: Alah.. Jomlah.. Abang dah bayar dah..
Intan: Bukan abang pemilik ke? Kenapa kena bayar pulak?
Kamal: Abang pemilik kem je.. Tasik ni bukan..
Intan: Alah.. Intan tak nak..
Kamal: Aina.. Plizz..
Intan: ...

Intan berfikir seketika. Hm.. Dia masih ada peluang untuk mengelak dari serangan sekiranya apa-apa berlaku. Tasik tu bersih. Tak apalah..

Intan: Intan okey.. Tapi tak nak naik bot yang kotor tu!
Kamal: Kotor? Mana ada kotor? Aina tau tak, sebaik saja Aina setuju nak jalan-jalan dengan abang, abang yang sediakan bot , abang yang decoratekan bot.. Susah-susah je abang buat, Intan tak nak naik? Takpelah.. Ummi dengan Nina ade.. Abang ajak diorang ajelah..

Ummi dan Nina tersedak. Mereka berdua menyorok di dalam semak-samun yang boleh melihat Intan dan juga Kamal dengan jelas sepanjang operasi ini. Tiba-tiba sahaja mereka ingin duduk berdua. Cheerleaders yang lain juga pelik tetapi hanya akur dengan permintaan mereka bedua.

Intan: Umm.. Um..
Kamal: Okey,, Aina tak setuju kan? Abang nak call diorang lah..

Kamal memang tidak main-main. Dia serius. Dia mengeluarkan handphonenya lalu mendail nombor Ummi. Duut.. Duut.. Phone Ummi tidak diangkat kerana Ummi lupa hendak mencaj handphonenya. Ummi yang mendengar perbualan Abang Kamal dan Intan Dilyana terasa menyesal. Menyesal kerana malas hendak mencaj phone tadi pagi.
Tak lama kemudian, dia mendail pula number Nina.Kemudian, ditekannya butang berwarna hijau di handphonenya itu. Duut.. Duut.. Tiba-tiba, phone Nina berbunyi menyanyikan lagu Love Story nyanyian Taylor Swift. Kamal tidak perasan tetapi Intan Dilyana perasan akan kehadiran bunyi itu. Serta-merta dia tahu yang ahli-ahli Cheerleaders sedang memerhati. Belum sempat Nina menjawab telefon bimbitnya..

Intan: Ye! Intan nak ikut!
Kamal: Haa... Barulah abang suka..

Kamal menyimpan semula telefon bimbitnya ke dalam kocek seluar. Kemudian dia membawa Intan Dilyana naik ke atas bot. Dalam semak-samun tempat Nina bersembunyi pula..

Nina: 
     
Ummi: Nina? Kenapa ni?
Nina: Huwaaaaaaaaa!!! Tadi belum sempat Nina nak angkat dia dah setuju! Kalau tak Nina yang pergi boat riding dengan Abang Kamal!
Ummi: Rileks lah Nina.. Nina dah pernah pergi dah dengan Abang Kamal... Yang patut bersedih tu , Ummi.. Sebab Ummi yang tak pernah lagi naik bot..dengan Abang Kamal..
Nina: HUWWWWWAA!!
Ummi: SHH!! Nanti diorang perasan kita ada kat sini..
Nina: Ohh.. :sob: :sob: okey.. huhu....

0 fan(s):