Wednesday, December 2, 2009

Episode 3: Intan DIlyana Datang!!! ○Part 4○

Keesokan harinya, ialah hari Rabu. Wow. Cepatnye masa berlalu. Hari Jumaat, mereka sudah dapat balik. Ye, hukuman dicepatkan kerana pengetua mahu mereka sempat pulang dan menghadirkan diri ke rehearsal cheer off itu nanti. Misi harus dijalankan hari ini. Ummi membuka buku nota The Prettybabes.

Mission 2
Temukan Intan Dilyana dan Abang Kamal di restoran. Restoran yang kitorang buat sendiri. Pastu,Ummi jadi waitress dengan Nina. Chef, Syaza, Nurina dan Liya. Camera, Anna, Fatira, Yana dan Sheqah. Penyambut tetamu, Cuna, Alyia dan Ain. Yang lain akan menjadi background.
syaza97 
Tingkatan 5
Posts: 3649
graphgraph
User Online Now Click here to send a Private Message to this user Click here to see the profile of this user

Mereka semua telah pun bersiap sedia. Semua di bahagian masing-masing. Eryfa dan Abby ditugaskan untuk membawa Abang Kamal dan Intan ke 'restoran' mereka. Pada mulanya, Sara yang sepatutnya membawa Intan ke restoran tersebut tetapi Sara menolak. Katanya, nanti Kak Intan suspek apa-apa kang, rosak rancangan..
Jadi, Eryfa dan Abby lah yang ditugaskan ..

---Eryfa----

Eryfa bergerak dengan perlahan-lahan menuju ke arah kabin Abang Kamal. Sambil itu, dia menoleh ke arah kiri dan kanan bagi memastikan tiada siapa yang mengekori dia dari belakang. Sampai sahaja Eryfa di muka pintu kabin Abang Kamal, dia terus mengetuk. Knock! Knock! Knock!

Kamal: Ya? Siapa tu?
Eryfa: Eryfa! Dari ahli-ahli Cheerleaders?
Kamal: Oh. Masuklah..
Eryfa: So, Abang dah jumpa tempat nak makan dah?
Kamal: Makan?
Eryfa: Ya, makan tengahari.
Kamal: Kan ada kantin..
Eryfa: Alah.. Kantin dah tak sedap makanan die.. Jomlah! Ikut Eryfa jom..
Kamal: Hmm.. Nak pergi mana?
Eryfa: Restoran!
Kamal: Dekat mane? Setahu abang, restoran mane-mana pon.. Amik masa 1 jam nak pergi..
Eryfa: Alah, Abang jomlah! Dekat je.. Jalan kaki pun boleh!
Kamal: Yakin ni?
Eryfa: Yakin!
Kamal: Hm...
Eryfa: Jom!

Eryfa segera menarik tangan Abang Kamal yang masih lagi ragu-ragu hendak ke restoran itu. Dia kemudian menarik tangannya sambil berlari-lari anak ke arah 'restoran' mereka itu. Terpampang di situ, .. Tee Restaurant.

Eryfa: Abang! Abang masuk dulu.. Eryfa nak gi checking jap.
Kamal: Oh.. Okey..

Eryfa lalu pergi meninggalkan Kamal yang sedang melihat-lihat tempat itu. Dia hanya menunggu diluar. Tak masuk. Tunggu Eryfa agaknya.

--Abby--

Abby memasuki kabin Intan Dilyana dengan penuh hati-hati. Di tangannya, ada guni, blindfold dan juga tali. Ketika itu, Intan sedang bersiap-siap di hadapan cerminnya. Dia tidak perasan apa-apa pun ketika itu. Dia hanya pentingkan wajahnya. Oh.. Sini kena solek, lepas tu letak mascara.. And then blusher.. Geli Abby tengok..

Abby memulakan langkah nya dengan memasang blindfold ke muka Intan dengan cekap hinggakan Intan tidak perasan langsung ada seseorang yang telah memasang blindfold di kepalanya. Kemudian, Abby mengikat tangan Intan. Mulalah Intan menjerit-jerit.. Sakit telinga Abby. Abby ternampak ada duct tape di atas katil lalu dia pun terus mengambil dan melekatkan duct tape tersebut di mulut Intan. Kemudian, dia dengan sedaya upaya memasukkan Intan ke dalam guni. Alahai.. Betapa beratnya hendak diangkat..

Fed up, Abby mengambil guni tersebut lalu menyuruh Intan berdiri dan menyarungkan guni di badan Intan. Dia kemudian mengikat guni tersebut dan menyeret guni itu ke restoran mereka.

Sebaik sahaja nampak restoran di hadapan, Abby terus mencampakkan guni tersebut ke hadapan. Kemudian, dia mengambil penyodok dan menyodok guni tersebut sedikit demi sedikit hingga berada betul-betul di tepi Abang Kamal. Seperti biasa, Intan menjerit dengan penuh gedik tetapi sayangnya, tiada siapa yang mendengarnya... Abby kembali bersama Eryfa yang sudah pun sedia menyorok di dalam semak-samun.

Kamal: Eh? Guni apa pulak ni?

Kamal terus membuka ikatan guni itu dan..Intan! Kamal terus membuka pita pelekat dan blindfold di wajah Intan. Intan apa lagi, terkejut bukan main! Lah.. Abang Kamal yang kidnapnya? Tetapi yang menyuruh dia berdiri tadi, suaranya, macam perempuan.. Mungkin Abang Kamal sakit tekak kot.. Intan mula terfikir sendirian. Mungkinkah Abang Kamal sengaja mengkidnapnya supaya mereka dapat kembali bersama? Oh! Romantiknya.. Baru sahaja dia hendak berangan-angan, dia teringat kembali plan bersama adiknya itu. Baik! Plan tetap plan..

Kamal: Aina! Awak okey?
Intan: Kan aku dah cakap, jangan panggil aku Aina! Nama aku Intan, okey?
Kamal: Aku? Kau? Intan,. Awak tak pape kan?
Intan: Eh? Tolonglah! Aku dah fed up lah! Taulah kau suka sangat kat aku sampai nak bawak aku lari!
Kamal: Intan..

Menyedari keadaan semakin kritikal, Alyia dan Cuna terus datang menyelamatkan keadaan..

Alyia: Miss? Mr? Right this way..
Cuna: Follow us..
Kamal + Intan: Okay..

Alyia dan Cuna membawa mereka berdua masuk ke dalam. Restoran itu telah pun di decorate dengan cantiknya , hasil kerja semua ahli Cheerleaders yang kreatif belaka. Walaupun pada mulanya plan adalah untuk menghias keadaan dengan buruk sekali , ahli-ahli cheerleaders tak sanggup hendak meliht tempat itu dibiar buruk. Mesti nak cantik , bukan?

0 fan(s):