Thursday, September 24, 2009

Episode 1: The Prettybabes VS The Coolbabes : ^Part 4^

Ketujuh-tujuh ahli The Prettybabes berdiri dengan kaki mereka ( yela.. tkkan dgn tangn kot..) di hadapan rumah Puan Hajah Zainah. Kemudian , Alyia selaku ketua, menekan loceng rumah Puan Hajah Zainah yang agak besar itu. Yela.. Rumah banglo dua tingkat... Kaya lah tu!

Pintu pagar terbuka sebaik sahaja Puan Hajah Zainah menyedari anak-anak muridnya yang berada di luar itu. The Prettybabes, yang memang pakar lakon, sama-sama melakonkan muka kononnya sedang berasa risau dan gusar. Puan Hajah Zainah boleh lihat dari atas biliknya, tujuh orang murid perempuan yang agak terkenal sedang tercegat di hadapan rumah.

Alyia: Okey! Put on your petty faces everybody! She's coming down!

Puan Hajah Zainah cepat-cepat mengambil robe nya, memakai tudung dan keluar dari pintu. Dia kemudian mengajak mereka bertujuh masuk ke dalam rumahnya yang cantik itu.. Apalah pelan The Prettybabes?

Puan Hajah Zainah: Ada apa sampai kamu terpaksa datang ke sini?
Alyia: Sebenarnya puan, kami tahu, kami bersalah..
Puan Hajah Zainah: Apa? Kamukan dah volunteer nak jaga bebudak Tingktan 4 tu?
Alyia: Itulah maksud saya, puan. Masa kami sampai di sekolah, kami tidak dapat lihat walau seorang pun yang ada , budak Tingkatan 4. Yang kami lihat , hanyalah nota ini::

Kepada ahli-ahli The Prettybabes yang cantik lagi jelita,

~ Surat ini khusus untuk ahli-ahli The Prettybabes. Kami sedang main sorok-sorok dengan akak-akak semua. Yelah.. Nak tahu juga kepakaran agak main hide and seek. Selamt mencari kami!


Sebenarnya, surat itu sudah pun ditulis beberapa hari yang lalu oleh Ayu, kerana tulisannya memang cantik! Puan Hajah Zainah sedikit terkilan dengan surat itu. Dia berasa ragu-ragu. Takkanlah budak sebesar Tingkatan 4, 16 tahun, mahu juga main sorok-sorok? Tak logik! Lagi-lagi budak perempuan. Biasanya, main kejar-kejar. Tapi.. tidak mustahil..

Puan Hajah Zainah: Baiklah. Saya akan ke sana sekarang dan saya mahu kamu mengikut saya sekali.
Alyia: um...

Pelan mereka hanyalah untuk membuatkan para pelajar Tingkatan 4 didenda kerana mengotorkan tempat sekolah apabila diketahui oleh Puan Hajah Zainah. Mereka sepatutnya tidak terlibat dan terus pulang ke rumah.

@@@@@@@@@@

Rumah Puan Hajah Zainah dan Sekolah Seri Bangsar tidaklah jauh. Dalam perjalanan ke sana, Puan Hajah Zainah tidak habis-habis menyoal mereka, The Prettybabes. Dia memandu keretanya dengan agak laju. The Prettybabes yang agak risau kerana takut Tingkatan 4 mengatakan ini semua perbuatan mereka. Tetapi, mereka tetap cover dengan Puan Hajah Zainah. Apa sahaja yang ditanya oleh Puan Hajah Zainah Binti Abu Bakar, dijawab 'Saya tak tahu, puan'.

Akhirnya, mereka sampai juga ke sekolah. Puan Hajah Zainah terus memparkir kereta di tempat reserved dan pergi ke tapak perhimpunan di mana mereka semua sepatutnya berada. The Prettybabes terlupa. Mereka telah pun meletakkan nama-nama group di whiteboard di hadapan tapak perhimpuhan. Puan Hajah Zainah cepat sahaja menyedari perkara itu dan meluru ke arah whiteboard tersebut. Dibacanya senarai tersebut berulang kali.

Puan Hajah Zainah: Cuna! Yana! Alyia! Ayu! Ummi! Meera dan Shikin! Pergi cari sendiri group kamu!

The Prettybabes hanya menuruti perintah Puan Hajah Zainah kerana tidak mahu dia mensuspek apa-apa. The Prettybabes pulang kembali ke tempat kejadian masing-masing dan membawa semula mereka ke tapak perhimpunan secara terpaksa.

Cuna kembali dengan keenam-enam ahlinya. Semua di dalam group Cuna memandang ke bawah, ada yang baju sekolahnya yang putih itu sudah bertukar kotor akibat cuba memanjat pintu tandas keluar dari situ.

Yana pula, juga complete dengan semua ahli groupnya. Ada yang baju sekolah itu sudah tercemar dengan tahi cicak. Mereka semua berbau busuk. Mungkin sebab bau tikus mati sudah menyerap ke badan masing-masing.

Alyia datang dengan cukup-cukup kesemua ahli-ahlinya yang sekarang sudah pun ditutupi dengan Slime. Satu badan mereka dipenuhi dengan Slime. Manakan tidak, terpaksa berendam dalam Slime. Waktu Alyia membuka pintu, dia terlebih dahulu menyerap slime barulah dia membuka pintu.

Ayu juga begitu. Ahli-ahlinya semua dengan muka yang manis dengan Banana Busuk Pie. Kesian.. Baju sudah dikotori dengan segala jenis manisan busuk yang pernah digunakan di kantin.

Ummi, Meera dan Shikin kembali dengan kesebelas-sebelas ahli mereka itu, ketakutan dan ramai yang sudah disengat dengan lebah. Kaki mereka walaupun tidak nampak, tapi jelas sekali kelihatan yang mereka letih dikejar oleh hantu jelita dan lebah.

Puan Hajah Zainah melihat sahaja situasi itu, dia terus naik angin. Berang dengan keadaan semua budak-budak perempuan yang ada disitu. 35 orang. 35 orang anak murid perempuan Tingkatan 4 yang bakal melompat ( bukan lompat tinggi-tinggi!) ke Tingkatan 5 lusa. Mesti ada sebab mengapa mereka semua begitu.

Puan Hajah Zainah: Apa yang kamu semua buat sampai jadi macam ni?!!
Tingkatan 4: Sebenarnya...

Ayu sempat mengugut mereka sebelum mereka memberitahu Puan Hajah Zainah apa yang berlaku sebenarnya. Nampak sahaja muka sinis Ayu, mereka tidak jadi mahu bersuara. Mereka faham, sesuatu yang buruk bakal berlaku sekiranya menolak ugutan Ayu itu.

Puan Hajah Zainah: Sebenarnya??
Tingkatan 4: Umm...
Puan Hajah Zainah: Kamu main nyorok-nyorok kenapa?
Nina *theABS*: Kami tak main...
Tingkatan 4: Ehem.. ehem..
Nina*theABS*: Takde pape..
Puan Hajah Zainah: Kamu tahu tak saya bagai naik gila bila dapat news dari Senior kamu? Saya tahu, pada hari cuti ni, kamu nak duduk rumah! Tapi, janganlah sampai macam ni!
Tingkatan 4: Sorry...
Puan Hajah Zainah: Sorry tak cukup! Kalau kamu benar-benar sorry, kamu semua akan dihukum mencuci setiap tempat yang telah pun kamu kotori! Bilik audio.. Bilik denda.. setiap tandas di sekolah,bilik stor 5 Forever dan juga Kantin! Dan kamu, gadis bertujuh, kamu akan menyelia mereka semua! Sekiranya mereka tidak melakukan kerja, report pada saya. Dah! Semua boleh balik! Kerja kamu start masa start sekolah. Bersurai.

The Prettybabes kini tersenyum gembira. Tidak sangka, apa yang disangka buruk rupa-rupanya baik. Bukan sahaja mereka dapat melihat Tingkatan 4 dimarahi oleh Puan Hajah Zainah tetapi dapat merosakkan lagi hari Tingkatan 4! Hoho.. Gembiranya!!

The Coolbabes pada mulanya mahu melawan tetapi oleh sebab Tingkatan 4 yang lain tidak mahu mendapat trouble, mereka terpaksa berdiam diri sahaja. Habislah The Prettybabes kali ini! Lusa, giliran The Coolbabes pula melawan. SIAPLAH!!

%%%%%%%%

Ummi: Bagi bersih sikit! Mangkuk tandas tu masih kotor!
Alyia: TU! Tengok kat situ! Ada lagi spot Slime kat situ! Bersih!!
Yana: Eh? Tak nampak ke? Sarang tikus tu masih ada! Cepat buang!
Cuna: Cepat clog tandas tu! Masih tersekat tau tak?!
Meera: TU! Tahi cicak masih ada!
Ayu: Cepat!! Kantin ni, tak cukup bersih! Mop tu bagi betul sikit!
Shikin: Woi! Ape rilek-rilek? Cepat bersihkan cobweb tu!!

Tak habis-habis The Prettybabes mengarah Tingkatan 4 membuat kerja. Nampak sangat muka mereka terlebih gembira kerana pelan mereka berjaya. The Coolbabes walaupun rasa hendak memberontak bergetar dalam hati, tetap ditahan kerana tidak lama lagi bakal tiba waktu dan saatnya The Prettybabes pula dimalukan!

&&&&&&&&&&&

Petang itu, Cikgu Rosma membuat pengumuman::

Perhatian kepada semua Pelajar Seri Bangsar! Sila ke tapak perhimpunan sekarang!!

Tidak sampai 5 minit, semua pelajar Seri Bangsar sudah pun sedia beratur di tapak perhimpunan dengan teratur. Di barisan Tingkatan 5, kelihatan wajah-wajah The PrettyBabes amatlah gembira. Agaknya, mereka sudah pun mengetahui apa yang bakal diumumkan oleh pengetua sebentar lagi.

Puan Hajah Zainah: Salam , semua! Petang ini, seperti biasa, ko-kurikulum bakal dijalankan. Sebagai permulaan hari ko-kurikulum, saya ingin membuat satu pengumuman. Sebelum itu, saya minta ahli cheerleading tampil ke hadapan.

Apa lagi? Dengan sepantas kilat, ketujuh-tujuh ahli The Prettybabes sudah pun tercegat dengan senyuman yang manis di tapak perhimpunan. Mereka bertujuh sememangnya yang paling berpengaruh kerana kekayaan dan kejelitaan mereka.

Puan Hajah Zainah: Sekiranya semua mahu tahu, pasukan cheerleading sekolah kita bakal mengharungi Cheer-Offs pada bulan hadapan, Februari. Tempoh masa berlatih tidak lama, hanyalah selama 4 minggu, bermula pada hari ini. Saya mahu berikan mikrofon kepada Alyia, penolong ketua kelab cheerleading tahun lepas dan ketua cheerleading pada tahun ini.

Alyia: Terima kasih, Puan Hajah Zainah. Buat makluman semua, kami bakal mengadakan auditions untuk...

Belum sempat lagi Alyia menghabiskan kata-katanya, tujuh belon berisi lumpur secara serentak jatuh ke atas kepala mereka bertujuh. Albab, antara jurugambar magazine sekolah, segera menangkap gambar mereka bertujuh berbasah dengan lumpur.

The Prettybabes: OH MY GOD!!!!

Ketujuh-tujuh mereka tidak terfikir pun mahu memandang ke atas melihat siapakah dalang pembaling belon lumpur. Siapa lagi jika bukan Tingkatan 4 yang di prank semalam! Terutama sekali The Coolbabes. Pada mulanya mereka memang sudah merancang untuk melakukan rancangan itu sesama sendiri sahaja tetapi akibat prank habis-habisan The Prettybabes, mereka bertekad untuk mengajak sekali kesemua Tingkatan 4 tersebut! Di atas bangunan sekolah, mereka sudah pun bersorak kegembiraaan kerana The Prettybabes malu habis!

Audience tak habis-habis gelak terbahak-bahak kerana terjatuhnya lumpur ke atas The Prettybabes, kumpulan paling glamor di sekolah. Yelah, inilah peluang melepaskan geram jika tidak, mesti dibuli habis-habisan. Cikgu Rosma juga turut tersenyum melihat kelibat The Prettybabes. Puan Hajah Zainah juga hampir mahu gelak tetapi cuba menahannya kerana tidak mahu mereka dimalukan.

Puan Hajah Zainah: Tidak mengapalah, Alyia. Biar saya sahaja yang buat pengumuman itu. Para pelajar, pada petang ini akan diadakan latihan Cheerleading di padang sekolah. Siapa yang berminat bolehlah datang. Yang tidak berminat haruslah tunggu di sini dan akan dikawal oleh Cikgu Rosma. Alyia yang akan menguruskan segala-galanya. Sekian.

Cheerleading tryouts pada hari itu tetap juga diteruskan untuk mencari pelapis-pelapis dan pengganti cheerleaders yang teramat hebat. Ketujuh-tujuh The Prettybabes sudah sedia nama mereka di 'reserved' pada list nama ahli pasukan cheerleader.

Ahli-ahli The Coolbabes, The Cutebabes juga The AB Sisters tidak ketinggalan. Mereka juga punya peluang yang lebih cerah untuk masuk cheerleading team. Lagi-lagi apabila mereka yang paling berpengaruh di sekolah itu.

The Prettybabes bernasib baik pada hari itu kerana Pak Tam sanggup menghantar baju-baju sports untuk mereka. Tidaklah berbasahan dengan lumpur! ( masa kena dengan LUMPUR tu, baju sport tengah pakai ) ..

Alyia: Okey! Berkumpul dekat sini! Kami dikehendaki mencari koreografer baru sama ada dikalangan kami, atau dikalangan kamu semua! Sebelum itu, kita akan ikut dance moves yang terdahulu. Saya akan tunjuk beberapa kali sahaja. Cuna, Yana, Meera, Ummi, Shikin dan Ayu akan tengok kamu semua. Siapa yang disuruh keluar, harap maaf! Let's start! Shikin! Start the music!!

Muzik bermula dan Alyia menunjukkan kepakarannya menari. Yang lain cuba untuk mengikut gerak tari Alyia yang lincah. Tidak sampai 10 saat, separuh sudah dari Tingkatan 4 dan 5 girls terkeluar. Budak lelaki di 'ban' dari kawasan padang kerana tidak mahu mengalih fokus mereka berlatih. Tidak sangka, sekarang, hanya The Coolbabes, The Cutebabes dan juga The AB Sisters dan beberapa Tingkatan 4 dan 5 sahaja yang tinggal. Mereka yang lain sudah pun terkeluar kerana silap gerak tari.

Alyia: Okey! Stop the music! You all are the chosen ones. For the first round. Second round. Kami akan test kamu semua dengan satu lagi gerak tari untuk satu group seorang. Ingat! Hanya sedikit sahaja yang akan dipilih!

Alyia mula menunjukkan rutin gerak tari cheerleading yang sepatutnya untuk setiap kumpulan. Sepatutnya, dia memberikan gerak tari yang lebih senang untuk dipelajari tetapi gerak tari yang susah juga dipilihnya.

Alyia: Okey! Start dancing …now!

Semua yang dari tadi memerhati sahaja Alyia, mula menari dan berjoget atau lebih senang, bersorak dengan sepenuh hati dengan harapan dapat masuk ke dalam senarai cheerleaders. 5 minit kemudian, Alyia ….

Alyia: Okey! Stop! Time’s up and we will pin the results on who makes it to the squad and who doesn’t at the notice board of Seri Bangsar. You all may go home now.

$>$>$>$>$>$

Keesokan harinya, semua pelajar perempuan Seri Bangsar yang pergi ke cheerleading tryouts itu bergegas ke arah notice board. Kelihatan ada yang menangis dan ada juga yang sedang melonjak kegembiraan. Mari kita lihat siapakah yang berjaya menangani gerak tari The Prettybabes yang teramatlah susah~

~ Alyia Farzana
~ NurJannatul Husna
~ NorDayana
~ Ummi Asifa
~ Nor Ameera
~ Nurul Ashikin
~ Ain Nadiera Ayu
~ Nabilah
~ NurShafiqah
~ Hanan Hidayah
~ Anis Syaza
~ Ain Syuhada
~ Nur Sharina
~ Aliah Izzati
~ Wan Eryfa Alya
~ Amira Syabihah
~ Nur Farhah Wahidah
~ Nurina
~ Siti Syahirah
~ Nurul Fatin Amirah
~ Nur Addina Ezlia
~ Lili Amnah
~ Rosliza Rohayu


Tepat-tepat 23 orang yang dipilih oleh The Prettybabes sekalian. Cukup-cukup sahaja seperti yang dikehendaki oleh Cikgu Jasmin. Jikalau perasan, kebanyakannya Tingkatan 4. Adakah The Prettybabes sudah gila hanya memilih kebanyakan Tingkatan 4? Jawapannya tidak. Tujuan sebenar mereka berbuat sebegitu adalah untuk membuli mereka dengan lebih parah! ... dan juga kerana mereka boleh mengikut gerak tari yang ditunjuk..

Pada pagi itu, tiba masanya untuk bersarapan pagi. The Pretybabes dan The Coolbabes sama-sama sudah pun duduk di tempat masing-masing. Dalam suasana bising di kantin, tiba-tiba sahaja The Prettybabes bangun dari tempat duduk masing-masing.

Alyia: Everybody! Quiet!!

Mendengar sahaja arahan Alyia, mereka semua serta-merta senyap. Tidak mahu mencari fasal dengan Alyia, anak TAN SRI yang berpengarun. Walau bagaimanapun, hanya The Coolbabes sahaja yang berterusan bergosip sesama sendiri dan berbual dengan kuat. Alyia, melihat perkara itu, dia terus berang..

Alyia: Bukan saya dah kata ke, semua senyap?!


Tiba giliran The Coolbabes pula bangun. Suspen sungguh pada masa itu. Suasana bising pada mulanya menjadi betul-betul senyap. Tiada siapa yang berani berbunyi pada masa itu.

Sheqah: What power do you have against me?
Alyia: Hey, Junior! Shut up!
Sheqah: Junior? Yes! Memang saya Junior! But you didnt have to be rude!
Alyia: Suka hati saya lah!
Sheqah: Oh... suka hati ya?? Girls! Lets go!!
Alyia: Fine! Jom!

Meja The Prettybabes dan The Coolbabes memang berjauhan. Ini supaya tidak tercetus perbalahan. Tidak sangka, terjadi juga. Meja yang terletak di tengah-tengah diketepikan oleh beberapa atlet sekolah yang hensem dan kacak. Bagaikan mereka sudah tahu meja itu mestilah diketepikan.

Tiba di tengah kantin yang besar, akhirnya, The Prettybabes dan The Coolbabes face-to-face. Alyia dengan Sheqah. Syaza dengan Cuna. Yana dengan Hanan. Anna dengan Ayu. Ummi dengan Nabilah. Meera dengan Ilya. Shikin dengan Ain.

Sheqah: Throw it!

Serentak, The Coolbabes baling Cream Pie ke arah muka The Prettybabes. Kantin yang senyap tadi terus menjadi bising akibat gelak tawa para pelajar Seri Bangsar. Tetapi, gelak tawa itu hanyalah sementara. Mereka tahu apa akibatnya sekiranya mentertawakan The Prettybabes,diantara kumpulan yang paling berpengaruh.

Alyia: How dare you!!!
Sheqah: Nape? Nak lagi??
Alyia: It is on!! Girls!

The Prettybabes pula mencampakkan bungkusan nasi lemak ke arah muka The Coolbabes.. Agh!! Kotornya!! Sudahlah nasi lemak yang bersambal! Lemaknya juga banyak!
The Coolbabes serta-merta membaling kembali sos tomato ke arah The Prettybabes. Malangnya, satu percikan terkena pada salah seorang dari The Guys ( Kumpulan lelaki paling hensem )

Fairuz: FOOD FIGHT!!!

Semua pelajar Seri Bangsar mula baling makanan ke arah satu sama lain. Lagilah The Prettybabes dan The Coolbabes. Mereka bersungguh-sungguh mencampakkan makanan yang sedap. Membazir betullah... Ada juga cheeseburger yang sedap tercampak ke lantai. Fuh.. Inilah orang kaya...

Pelajar Seri Bangsar tidak habis-habis melontar makanan ke arah satu sama lain sehinggakan mereka tidak sedar bahawa waktu rehat sudah pun habis dan satu pun dari mereka tidak berganjak dari kantin. Oleh sebab itu, Cikgu Rosma selaku guru disiplin membuat keputusan untuk pergi ke kantin. Manakan tidak, para pengawas juga join Food Fight itu! Tiada yang membuat rondaan.

Sedang Cikgu Rosma berjalan memakai kasut tumit tinggi jenama PrimaVera itu, tiba-tiba satu percikan mustard terkena pada muka yang bersolek Cikgu Rosma. Serta-merta, satu jeritan yang nyaring dari mulut Cikgu Rosma menyebabkan semua pelajar Seri Bangsar berhenti baling makanan ke arah satu sama lain.

x_x_x_x_x_x

The Prettybabes dan The Coolbabes duduk sebaris di dalam pejabat pengetua, Puan Hajah Zainah. Mereka tidak habis-habis bertikam lidah mempertahankan satu sama lain. Yalah, demi mengelak dari apa-apa hukuman...

Puan Hajah Zainah: Sudah! Sudah! Saya dah tentukan dah! Kamu memang tidak boleh bersama! Kamu! The Prettybabes! Apakah salah adik-adik kamu ini, sehinggakan kamu mahu membuli mereka? The Coolbabes! Patutkah kamu tumpahkan sebaldi lumpur ke atas kepala kakak-kakak kamu? Kamu patut berasa malu! Sedangkan kamu yang memulakan food fight yang tidak perah langsung berlaku di Seri Bangsar!
Alyia dan Sheqah: Tapi puan..
Puan Hajah Zainah: Tak ada tapi-tapi! Saya, secara officialnya, membuat keputusan , untuk kamu dihantar ke camp selama dua minggu! Ahli-ahli cheerleaders juga akan bersama kamu cuma akan diasingkan. Kerana saya tidak mahu latihan cheerleading berhenti. Di sana, kamu akan dijaga dengan fasilitator kem. Dissmiss.

Ah!! Betapa parahnya hukuman yang telah dibuat oleh Puan Hajah Zainah! Bagi The Prettybabes dan The Coolbabeslah.. Apakah yang bakal berlaku? Nantikan Episod seterusnya.. Episod 2!!

^_End Of Episode 1_^

0 fan(s):