Friday, September 18, 2009

NoMik Episode 1: The Prettybabes VS The Coolbabes

Waktu cuti sekolah yang panjang sudah habis. Liatnya nak bangun pagi! Baru teringat. Satu bulan sudah berpisah dengan rakan-rakan karib yang disayangi, dikasihi dan berkongsi rahsia dengan. Datang kembali ke sekolah, dapatlah berjumpa dengan mereka. Bestnya! Terus tak jadi nak liat. Segar pula tiba-tiba.....

Hari Pertama Di Sekolah Seri Bangsar..

Alyia berjalan dengan sopan dan mengatur langkah satu persatu sambil membawa beg ELLE kegemarannya. Tidak sampai 10 minit melalui pagar sekolah, sudah ada beberapa orang budak lelaki yang terpegun melihat kecantikannya. Walau bagaimanapun, Alyia buat donno aje..


Cuna: Hai Alyia!
Alyia:Hai! Sorilah, saya datang lambat sikit harini, jalan jam..
Ummi: Hm..Tahun ini, tahun last kita sama2. Lepas tu, kita bertujuh akan berpisah..
Alyia: Ummi? Kenapa ni? Bukan baru starting year ke?
Ummi: Takdelah.. Saya sedih..
Meera: Ada betul jugak kata-kata Ummi tuh..
Ayu: Betul..
Alyia: Girls! Korang tiba-tiba bad mood ni, pagi-pagi! Mana girls yang happy-go-lucky, ceria dan gila-gila yang saye kenal tu?
Shikin: Takdelah, Alyia.. Cuba awak fikir.. Hm.. 4 tahun dah kita bersama, tahun ni , tahun ke lima.. Pejam celik , pejam celik, dah sampai masuk umur kita 18 tahun.. Saya tak nak kita berpisah..
Alyia: Shikin, Ummi, Meera, Ayu, janganlah macam ni.. Lighten up, okay?
Yana: Hm.. What are we going to do, to make this year great for us?
Alyia: Saya dah ada semuanya dalam sini.. ( menunjukkan notebook yang baru sahaja dibeli)..
Cuna: I know just what you are thinking..

Tiba-tiba, Speaker berbunyi::

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR SEKOLAH SERI BANGSAR! SILA KE TAPAK PERHIMPUNAN SEKARANG! ULANG SUARA, PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR SEKOLAH SERI BANGSAR! SILA KE TAPAK PERHIMPUNAN SEKARANG! TERIMA KASIH


Semua ahli The Prettybabes mula bergerak ke arah tapak perhimpunan. Tidak mahu disergah oleh guru disiplin Seri Bangsar, Cikgu Rosma. Dengar nama, ingatkan baik orangnya, rupa-rupanya, garang mengalahkan Cikgu Amnah di Sekolah Sri Bangsar, ( jiran beberapa batu )..

Puan Hajah Zainah: Assalamualaikum semua. Seperti yang semua tahu, kita akan memulakan sesi persekolahan 2009 ini pada hari ini. Pelajar Tingkatan 5 bakal menghadapi SPM pada hujung tahun ini. Tetapi, oleh kerana para pelajar Tingkatan 3 tahun lepas, hampir semua berjaya melepasi PMR dengan lulus cemerlang, separuh dari mereka akan ke Tingkatan 5, atau dipanggil, LOMPAT TINGKATAN. Kelas Tingkatan 5 akan bertambah ahlinya dan boleh dirujuk di hadapan pintu kelas masing-masing. Perhimpunan hari ini pendek sahaja memandangkan saya ada meeting sekejap sahaja lagi. Harap maklum.

Selesai sahaja kata-kata Puan Hajah Zainah itu, semua ketujuh-tujuh ahli The Prettybabes mulut mereka ternganga luas. Tidak percaya! Apa kelas, budak Tingkatan 4 nak hangout dengan Tingkatan 5? Pleaselah! Budak Junior tak akan serasi dengan Senior! Rosak rancangan! Musnah!!!!!

♥-♥-♥-♥-♥

5 Austhentic - Yana, Ummi, Alyia, Cuna
5 Beron - Meera, Shikin
5 Colera -Ayu
5 Dazzling - *
5 Einstein - *
5 Forever - *

♦-♦-♦-♦-♦

Memandangkan hari ini hari yang pertama persekolah, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 berjauhan buat sementara. Tingkatan 4 akan dicampukan dengan Tingkatan 5 pada keesokan harinya. Alyia sempat lagi meng 'sms' Meera, Shikin dan Ayu yang duduk di kelas sebelah supaya datang ke Mesyuarat Tergempar The Prettybabes di kelas 5 Austhentic. Keempat-empat ahli The Prettybabes berkumpul di meja Alyia dan Cuna yang terletak betul-betul di bawah kipas. Meera, Shikin dan juga Ayu turut bersama mereka kerana waktu itu waktu rehat.

Alyia: Hm... Apa kita nak buat ni ya? Masalah betul!
Ummi: Susah.. Susah..
Cuna: Lagi-lagi bila semua kumpulan rival kita tu, ada dekat Tingkatan 4!
Alyia: Betul! The AB Sisters, The Cutebabes dengan The Coolbabes semuanya Tingkatan 4! Kedudukan kita bakal tergugat nanti!
Meera: Kita mesti kena ada plan..
Shikin: Hah!
Ayu: Apa 'hah' hah!?
Shikin: Saya dah tahu dah apa yang kita nak buat..
Alyia: Talk to me, girl!
Shikin: Senang jer...

♣-♣-♣-♣-♣

Semua pelajar Tingkatan 4, termasuk The Coolbabes, The Cutebabes dan juga The AB Sisters, diberi penerangan tentang apa yang mereka bakal lakukan pada Tingkatan 5, di mana kelas mereka akan berada, dan macam-macam lagi.

Sedang Cikgu Sofea sedang memberi ceramah penerangan di hadapan, The Coolbabes pula sibuk bergosip di belakang..

Ilya: Korang! Did you know?
Sheqah: Know what?
Ilya: Just then, one of our agents baru je text me, that The Prettybabes, our rival tu, akan buat something..
Syaza: Maksud awak??
Ilya: Maksud saya, tadi, agen kita, lalu kelas 5 Austhentic. Pastu, dia terdengar The Prettybabes cakap pasal something. Dengarnya macam nak buli somebody.
Ain: Buli?
Ilya: Yup! Buli! Tengok sendiri sms tu::

From: Agent 1

Laporan terbaru!
~ The Prettybabes sedang berkumpul di 5 Austhentic dan sedang membincangkan sesuatu tentang The Coolbabes. Dengarnya kisah buli! Mungkin bercadang untuk membuli semua pelajar Tingkatan 4 yang lompat tingkatan.

Sekian.



Hanan: So, ape plan kita, Sheqah?
Sheqah: Itu, masa kat kantin.
Anna: Oh ye! Dah reserve dah meja whole untuk kita, Ain?
Ain: Dah! Sye dah letak dah tanda reserve kat situ. Jangan risau!
Nabilah: Eh! Korang! Group dah mula jalanlah..
Syaza: Jom.

Group tour itu mula bergerak menuruni tangga. Sedang turun, group tour itu terdengar suara-suara merdu The Prettybabes rancak berbual sesama sendiri. Group tour itu memberi laluan untuk The Prettybabes lalu....

♠-♠-♠-♠-♠

Di Kantin....

The Coolbabes sedang duduk di bawah meja di kantin yang betul-betul berada di bawah kipas. Ah.. Terasa sejuk.. Tidak kurangnya The Prettybabes. Mereka juga mempunyai meja mereka tersendiri. Tetapi, meja kedua-dua kumpulan itu berjauhan.

Sheqah: SO, any suggestions?
Nabilah: Agaknya yang kita boleh buat balas balik sajalah..
Sheqah: Balas balik SETELAH diorang buli kita?
Syaza: Hm.. Balas balik.. Tak cukup kot..
Anna: I have a better idea!
Sheqah: Spill it!
Anna: Kita patut humiliate diorang. I mean like, cungkil rahsia diorang, pecah belon lumpur atas kepala, Letak katak mati dalam kasut...
Ain: Kalau nak humiliate tu, kena satu sekolah tahu! Barulah betul-betul humiliate. Saya tahu! Tapi kena mintak bantuan Ketua Pengarang Majalah Sekolah lah..
Sheqah: Okey jugak... Ilya! Kita ada connection tak dengan Ketua Pengarang Majalah Sekolah?
Ilya: Biar saya check.. Ada!
Sheqah: Good! Everybody mesti kumpul dekat rumah saya, hari ini, pukul 4 petang. Ajak Ketua Pengarang sekali.
Ilya: Okey, BOS!

Di Sebelah, situasi The Prettybabes pula...

Meera: Eh? Girls! Diorang tengah bincang something ah!
Shikin: Sape? The CoolBabes?
Meera: Yup!
Alyia: Diorang, tengah rancang plan nak musnahkan kita! Bcoz.. kita kan nak buli diorang.. So, diorang mesti dapat find out ape yang kita nak buat kan? Biarlah.. Our plan is full proof!
Cuna: I'm also sure sure about that...
Yana: Eh? Korang! Waktu rehat jap lagi nak habis!
Ummi: Cepatnya.. Alah, stay 5 minit lagi, tak salahkan?
Yana: Ummi.. Biasanya tak ape.. Tapi, lepas ni, waktu Cikgu Mona!
Ayu: Kan korang je yang waktu belajar Cikgu Mona lepas rehat..
Alyia: Yana, Ummi, chill.. Cikgu Mona tak akan marah punya, betul tak, Cuna?
Cuna: Absolutely True!

10 Minit selepas itu, barulah The Prettybabes mula bergerak keluar dari kantin kerana kelibat para pengawas yang ganas-ganas itu sudah mula kelihatan...

◘-◘-◘-◘-◘

Petang itu, selepas sekolah, The Coolbabes sudah pun berkumpul di rumah Sheqah. Sheqah mengajak keenam-enam rakan karibnya bersama Ketua Pengarang Majalah Sekolah Seri Bangsar , masuk ke dalam biliknya. Kelihatan, semuanya sudah pun siap sedia. Meja round sudah pun disediakan di tengah-tengah bilik itu. Ada tujuh kerusi mengelingi meja itu.

Sheqah: Duduklah. Bibik!! Buat air Ice Lemon Tea!
Bibik: Baik, cik!
Sheqah: Okey, sementara kita tunggu air sampai, saya nak berkenalan dengan Ketua Pengarang Majalah Sekolah kita ni.
Emilia: Hye, Sheqah. It is a great honour to meet you.
Sheqah: Nice to meet you too.
Emilia: Biar saya perkenalkan diri saya dulu, nama saya, NurEmilia Bte. Abdul Rashid, Ketua Pengarang Majalah Sekolah. Saya tidak dapat lompat tingkatan bersama korang semua kerana keputusan peperiksaan saya average. 7A sahaja. Saya di kelas Tingkatan 4 Dior.

Ilya: Emilia, awak tahu tak kenapa awak kena panggil di sini hari ni?
Emilia: Tak.
Syaza: Biar saya explain. Can I call you Emi? Emilia is such a long name..
Emilia: Boleh aje..
Syaza: Emi, this is for the sake of all Form 4 yang bakal berpindah ke Tingkatan 5 esok hari. Kami bakal menjalankan operasi HumiLiatE The Pretties. Untuk menjayakan rancangan ini, kami perlukan awak untuk beroperasi dengan kami.
Emilia: Hm.. Apa yang perlu saya buat?
Hanan: Senang sahaja. Setiap kali kami bakal melangsungkan prank, kami mahu awak ada bersama-sama kami. Make sure, setiap kali itu, awak kena bawak telefon canggih awak tu. Saya tahu ada fungsi video. Rakam dahulu video itu dan kami akan beritahu awak apa yang awak perlu buat seterusnya.
Anna: Biar saya sambung. Setiap kali awak datang, make sure bawa juga seorang photographer untuk tangkap gambar cun The Prettybabes kena prank. Setiap issue Weekly News Sekolah Sri Bangsar, awak kena masukkan gambar tu dan tulis pasal diorang kena prank.

Emilia: Hm.. Everything has a price..
Sheqah: Apa yang awak nak?
Emilia: Saya nak.. duduk dengan korang, dekat meja bawah kipas selama seminggu! And, saya nak beg Elle , beg sekolah yang baru!
Nabilah: Mahalnya price!
Emilia: Ini tugas berat.
Ain: Hm..
Sheqah: Girls! Cuddle!

'Cuddle' yang dimaksudkan Sheqah, bukan peluk ya! Ini cuddle 'circle'.

Ain: Sheqah! Takkan lah kita nak bagi dia duduk dengan kita kot? Jatuh standard!
Sheqah: Saya pun tak pasti lagi nak bagi ke tak. Korang yang lain?
Hanan: I'm fine with it.
Syaza: Saya pon.
Nabilah: It;s okey, I guess..
Ilya: I'm with you, Sheqah.
Sheqah: Okey.. Anna?
Anna: Sori ya, Ain? Tapi,, saya tak nak kita kena buli dengan terlebih teruk. I;m in.
Ain: Hm.. Yelah..
Sheqah: Okey. So, Emilia akan duduk dengan kita. BREAK!

Emilia: SO? Is it a deal?
Sheqah: Its a deal.
Bibik: Cik! Minuman dah sampai!
Sheqah: Bagus! Letak dekat sini.

The End Of Part 1.

1 fan(s):

chika on September 18, 2009 at 10:57 AM said...

sambung lagi!!bestnya...saya ada blog..lawatlah..
http://bloge-qah.blogspot.com/

follow tau!!



from the leader of:The Coolbabes
sheqah..