Thursday, September 24, 2009

Episode 2: Jungle Camp... Oh Sadisnya!! $Part 1$



Bas berhenti. Mereka semua turun. Ada yang kelihatan seperti takut melihat tempat itu dan ada yang sedang terloncat-loncat kegembiraan. Di sinilah tempat di mana mereka, ahli-ahli cheerleaders bakal duduk selama dua minggu. Rock Jungle Camp.

Wajah-wajah pucat The Prettybabes jelas terlihat ketika sampai di situ. Semua mereka yang putih-putih belaka menjadi lebih putih akibat pucat yang teramat. Maklumlah, anak orang kaya. Sentiasa mengelakkan diri dari pergi ke kem yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Mereka sebelum ini tiada langsung pengalaman. Kali ini, mereka terpaksa pergi kerana sebagai hukuman memulakan food fight. Bagi mereka, ini tidak patut sama sekali kerana setakat food fight, boleh sahaja dapat detention selama dua minggu. Tidak salahkan? Mungkin kali ini pengetua mahu mereka ikut bersama dan saksikan bagaimana kehidupan di kem yang dialami oleh para pelajar Seri Bangsar sebelum ini.

The Coolbabes pula lain. Mereka seronok tetapi pada masa yang sama sedih. Seronok kerana akhirnya dapat ke kem bersama-sama dan sedih kerana terpaksa bersama dengan The Prettybabes. Tidak lama selepas mereka sampai di Rock Jungle Camp, seorang lelaki berbadan tegap datang.

Kamal: Assalamualaikum!
Cheerleaders: Waalaikumussalam!
Kamal: Nama saya, Muhammad Kamal. Saya adalah fasilitator kamu selama dua minggu ini. Segala benda yang bakal kamu semua lakukan, adalah di bawah jagaan saya. Harap semua bekerjasama ya? Makan, Pakaian, Tempat tidur, Aktiviti dan macam-macam lagi.

~~ Ahh!! Kamal! Betapa drop dead handsomenya dia!! Tak tahan melihat! Hampir semua ahli Cheerleaders di situ terpegun melihat Kamal. Tetapi, yang paling kronik pastilah Nina!!

Kamal membawa mereka ke suatu tempat di mana beberapa pondok rumah terletak. The Prettybabes mulalah menggeliat. Tidak suka. Inikah tempat dimana mereka akan duduk??
Tidakkk!!! Apa kelas? Cheerleaders ni! Bakal mewakilkan sekolah ke Cheer Offs! Hohoh.. Ini tak boleh jadi...

Kamal: Okey, setiap kabin 7 orang. Saya punya kabin di tengah-tengah tu. Kalau ada apa-apa masalah lebih senang kamu semua nak cari saya. Ada apa-apa soalan?
Hanan: Abang Kamal, dekat mana kami nak berlatih?
Kamal: Oh, tempat padang kamu semua ada dekat.... situ!

Kamal menunjuk ke padang yang luas. Tiada lumpurlah.. Tapi still, The Prettybabes rasa jijik dengan padang itu. This place needs a real makeover!!!

Kamal: Lagi?
Nina *theABS*: Abang Kamal, abang umur berapa? Dah ada girlfriend ke??
Kamal (ketawa kecil): Abang dah.. 19 tahun. Masih tunggu tawaran ke universiti. Abang dah ada girlfriend.
Semua Cheerleaders: Alah... (terutamanya Nina)
Kamal: Girlfriend abang nama dia, Intan Dilyana.
Nina: Abang dah berapa lama dengan dia?
Kamal: Hmm.. dalam dua tahun?
Nina: Bila abang nak break dengan dia?
Kamal: Entahlah.. Nama adik ni , siapa?
Nina :Hehe.. NurSharina.
Kamal: Okey. Semua! Kabin dah tersusun, form into groups of seven!

0 fan(s):