Friday, October 9, 2009

Episode 2 : Jungle Camp... Oh Sadisnya!! ♣Part 4♣

Kalau mahu tahu, Lili Amnah ialah anak saudara Cikgu Amnah Jambul Kembang iaitu guru disiplin setaraf singa betina malah boleh mengalahkan lagi singa betina, dari Sekolah Sri Bangsar, jiran sebelah.

___Kabin THe Coolbabes____

Syaza, Ain dan Hanan sibuk menceritakan segala-galanya kepada ahli-ahli The Coolbabes yang lain. Mereka bercerita dari A-Z. Tidak tertinggal satu huruf pun! Sheqah, Nabilah, Ilya dan Anna juga khusyuk mendengar.

Sheqah: So.. Are we going to interrupt the next phase?
Syaza: I don't think so.. Sebab, diorang just nak mintak tolong Lili Amnah sahaja.. So.. I suppose there is nothing to do..
Sheqah: Okey.. So.. Bila diorang nak jalankan Fasa 2?
Syaza: Tomorrow.

Hanan mengerling ke arah jam tangan Rolex nya. Sudah pukul 7.17 malam. Sekejap lagi nak masuk Maghrib. Allahuakbar Allahuakbar!! Allahuakbar Allahuakbar! Azan sudah pun berkumandang. Kedengaran suara merdu yang melaungkan azan itu sudah pastinya Abang Kamal. Menandakan, semua cheerleaders wajib ke surau sekarang juga, menunaikan solat. Kecuali yang tidak boleh tu..Faham-faham jelah....

Yang tidak boleh solat pada hari itu, dikalangan The Coolbabes ialah Anna, Ain dan Ilya. Sheqah, Syaza, Nabilah dan Hanan terus bergerak mengambil wuduk dan mencapai telekung masing-masing. Setelah itu, mereka terus ke surau.

~♥~
Sampai sahaja di surau, tempatnya hampir penuh. Apabila mereka berempat mencari kelibat The Prettybabes, keenam-enam gadis cantik molek itu tiada. Yang jelas kelihatan hanyalah Ummi. Ummi. Pasti kerana Abang Kamal. Gosip cepat tersebar di kem. Khabar angin mengatakan bahawa Sharina (The ABS) dan Ummi (ThePrettybabes) sedang berlawan merebut Abang Kamal.. Macam-macam betullah...

Esok harinya...

Alyia: Go! Go! One Two Three Four!

Semua ahli-ahli Cheerleaders bergerak sama rentak, sama laju mengikut lagu rancak yang dimainkan di CD yang dipasang. Semuanya bersungguh-sungguh. Semuanya kecuali Lili Amnah. Hanya dia seorang sahaja yang duduk di bangku berteduhkan payung The Prettybabes yang mahsyur. Besar payung tu! Lebih besar dari Lili Amnah sendiri. Yelah.. Untuk shade kan...

Tak lama kemudian, datang dua lagi ahli The Prettybabes yang bernama Shikin dan Cuna. Kedua-duanya mengiringi Lili. Lili sedikit pelik. Hari ini, hari Selasa. Mula-mula dia di 'excuse'kan dari latihan. Kemudian, Shikin dan Cuna yang glamor duduk bersama-sama dengannya. Apa agaknya yang bakal berlaku? Jarang ni! Yelah, Lili yang old-fashioned tetapi cantik dan berbakat itu tak pernah bertentangan mata dengan The Prettybabes. Apatah lagi duduk bersama-sama!

Cuna: Hai Lili!
Shikin: Penat ye? Ambil lah air saya ni sikit!
Lili: :gulp! gulp!: Terima kasih.. Umm.. Kenapa korang tak pergi berlatih?
Cuna: Oh.. Hari ini, hari Selasa. Kitorang memang hari Selasa tak berlatih.

Lili berfikir sejenak. Bila pula Alyia mengizinkan ahli-ahlinya berhenti berlatih? Setahu dia, Alyia tidak akan memberi peluang walau sesaat pun untuk ahli-ahli cheerleaders berehat. Sama seperti sikap tegas yang diamalkan oleh kakak senior tahun lepas, Captain Of The Champions, Liyana Rahman. Liyana memang tegas dan digeruni oleh ramai pelajar Seri Bangsar.

Shikin: Anyway, saya dengar, awak selalu pergi hiking?
Lili: Ha'ah. Betul tu.
Cuna: Jungle trekkinglah Shikin!
Lili: Jungle Trekking pon saya pergi juga.
Cuna: Oh.. Kami nak tanya sesuatu boleh tak?
Lili: Boleh!
Shikin: Kami , The Prettybabes nak sangat pergi jungle trekking kat hutan tu.. Lili.. Awak boleh jadi guide kami tak?

Mata Lili bersinar-sinar. Baginya, tawaran dari The Prettybabes ini hanya datang sekali seumur hidup! Jika dilepaskan, tak akan datang kembali! Fikirnya, sekiranya dia terima tawaran ini, dia ada kemungkinan menjadi ahli The Prettybabes yang ke-8! Bestnya! Gelaran gadis kampung/ budak kampung pasti akan terus lesap dari mulut-mulut becok pelajar Seri Bangsar! Tanpa berfikiran panjang, tanpa berfikir dengan semasak-masaknya bahawa ini hanyalah sementara, Lili terus setuju!

Lili: Sudah semestinya!
Cuna: Bagus! Umm.. Awak boleh lukiskan peta tak?
Lili: Boleh sangat sangat! Saya lukis sekarang juga!

Reaksi ini sudah dijangkakan oleh Cuna dan Shikin. Mereka sudah pun tahu, Lili pasti tahu selok belok hutan belukar ini. Bukan belantara ye? Kalau belantara, sekali masuk, tak ada jalan keluar! Yess!! Fasa 2 berjaya dengan cemerlang, gilang dan terbilang! Tambahan lagi, mereka tidak perlu berlatih sepanjang hari itu kerana Alyia memberikan mereka pelepasan kerana perlu menjalankan Fasa 2!

Hari Rabu~~

Kini tiba masa untuk Fasa 3 pula. Sekarang untuk misi kali ini, mereka gunakan feather pen esklusif yang dibeli dari sebuah kedai. Pen itu kini di tangan Alyia. Dia sibuk mengisi borang yang telah pun diberikan oleh Abang Kamal kepada Ummi. Hmm..


BORANG HENDAK MENGGUNAKAN HUTAN ROCK JUNGLE CAMP

Nama Pengguna/Penganjur: Alyia Farzana (pengguna utama) THE WHOLE CHEERLEADING TEAM

IC Penganjur: 921806-14-****

Tarikh Masuk: 13 Januari 2009
Tarikh Hantar: 12 Januari 2009

Waktu Masuk: 9.00 pagi

Alyia Farzana
_______________________
Tandatangan Penganjur


Alyia datang ke arah Umi. Dia meminta Ummi tolong menghantarkan borang tersebut. Baru sahaja Ummi melangkah keluar dari kabin, Lili Amnah pula yang masuk ke dalam. Dia menyerahkan sehelai kertas yang agak tua kepada Alyia. 3 saat kemudian, dia berlari keluar dari kabin itu.

Alyia memandang kertas itu. Oh.. Ini peta untuk hutan tu.. Okey.. Tiba masanya untuk Fasa 3!

Alyia: Girls! Gather round! I have some special assignments for all of you!

Lima ahli The Prettybabes datang ke arah Alyia. Alyia duduk di atas sebuah kerusi plastik yang sudah tersedia manakala ahli-ahli lain duduk di atas lantai.

Alyia: Okey.. Let's start. Cuna! 5 more minutes, announce that practice is cancelled!
Cuna: Roger!
Alyia: Um.. Meera and Shikin, you girls copy this map. I want 8 copies.
Meera & Shikin: Fine.. Tapi kita ada tujuh je..
Alyia: Tambah satu for Lili.
Meera & Shikin: Ohh..
Alyia: And.. Yana dengan Ayu.. Korang copy map ni pulak.. 25-7.. hmm,,, copy 18.
Yana : Roger!!
Alyia: Start now! Nanti lepas Cuna dan Ummi balik, saya, Cuna dan Ummi akan tolong orang-orang yang men'copy'. Let's go,go, go!!

The Prettybabes tekun berusaha pada pagi Rabu itu. Mereka bertungkus-lumus menyiapkan peta-peta itu dengan sebaik mungkin. Mereka ingat, di Rock Jungle Camp ini tak ada mesin copier? Ada! Mungkin mereka yang tidak perasan atau malu hendak bertanya.
Akhirnya, semua kerja-kerja itu siap tepat pada waktu makan tengahari. The Prettybabes segera keluar dari kabin dan terus ke Mess Hall kerana terlalu lapar dan dahaga. Yelah,.. tenaga mereka dikerah oleh Alyia yang mahukan kerja-kerja itu disiapkan dengan secepat mungkin!

~0x0x0x0~

Sheqah dan Nabilah segera menyusup ke kabin The Prettybabes. Mereka bergerak dalam diam kerana tidak mahu sesiapa menyedari kehadiran mereka. Akhirnya, mereka sampai di hadapan pintu kabin The Prettybabes. Seperti biasa, pintu kabin itu tidak berkunci.

Sheqah: Jom, Nabilah! Cepat..

Mereka masuk ke dalam. Argh!! Berkeroncong perut Nabilah. Bunyinya sangat merdu menyanyikan lagu rock Awie. Sheqah yang menyedari keadaan itu terus berkata:

Sheqah: Sabarlah.. Sekejap je nih.. Kita letak yang ni, kita simpan yang ori.
Nabilah: Yelah.. Sekejap je kan?
Sheqah: Iye.. Sekejap je..

Sheqah mencapai laci almari salah sebuah meja di kabin The Prettybabes. Ya! Peta-peta tersebut ada! Baiklah, sekarang hanya perlu menggantikan mereka dengan peta yang dibuat ini dan.. Voila! Tujuh peta asal dan ori sudah pun berjaya ditukar oleh Sheqah dan Nabilah. Diganti dengan tujuh lagi peta palsu. Mereka seterusnya bergerak keluar dari kabin itu dan menyimpan ketujuh-tujuh peta tersebut dalam kotak berkunci yang dimiliki oleh Nabilah. Selesai sahaja, mereka pergi ke Mess Hall..

!~SUcCeSS~SUcCeSS~SUcCeSS~!

Syaza: Hah! Tu pun diorang!
Sheqah: Hi.. Hari ni makan apa?
Ain: Makan.. Nasi putih kurang kalori dengan ikan masak kukus. Sedapp!!
Nabilah: Bagus.. Saya lapar nih..
Syaza: Chika! Macam mana dengan Fasa 2?
Sheqah: Selesai dengan jayanya!

Akhirnya, Pagi Khamis tiba juga. The Prettybabes sudah pun siap sedia dengan alatan mereka. Yang ditugaskan membawa barang sudah semestinya... Meera dan Shikin! Oleh kerana mereka yang paling berotot, Alyia melantik mereka menjadi pengangkat barang.. Kesian.. kesian..

Semua ahli the Cheerleaders berkumpul di hadapan hutan. Tiada seorang pun yang tertinggal. Semuanya di dalam baris mengikut kabin tersendiri. Hanya Lili Amnah sahaja yang duduk di hadapan bersama The Prettybabes.

Alyia: Okey! Ikut kami! Jangan sesat pulak! Nanti sesat, terpaksa duduk dalam hutan sorang-sorang nak? Kita mulakan sekarang!

The Prettybabes semuanya sudah bergerak maju ke hadapan. Mereka semua yakin, sekiranya Lili Amnah tiada di sisi, mereka pasti boleh menggunakan peta yang dipegang itu. Tapi malangnya, tidak seorang pun yang tahu, ketujuh-tujuh peta itu palsu!

~♠~♣~♠~♣~♠~

Sampai sahaja di tengah-tengah hutan, ada simpang di jalan hutan. Satu ke kanan, satu lagi ke kiri dan yang lagi satu terus ke hadapan. Oleh sebab mereka mengikut peta yang palsu, mereka terus berjalan ke hadapan. Mereka tidak tahu, jalan yang sebenar adalah ke kanan! Ahli-ahli cheerleaders lain hanya menurut sahaja termasuk The Coolbabes.

Sampai di penghujung jalan, barulah mereka sedar. Mereka kini berhadapan dengan gua bukan dengan campsite!

Lili: Eh? Peta ni salah ke? Setahu saya betul.. Saya yang ambil dari Abang Kamal..
Alyia: Umm.. Takpelah. Kita patah balik. Ikut jalan ke kanan. Nasib baik betul jalan ni lurus satu jalan saja tak ada simpang. Jom!

Mereka mula bergerak. Sampai balik di simpang yang sebelumnya, mereka mengikuti simpang kanan dan berjalan seterusnya ke hadapan. Bagus! Tiada simpang. Di situ juga ada tanda yang terpampang di situ bertanda CAMPSITE. Ini bermakna mereka di jalan yang betul.

Alyia: Okey! Semua ahli cheerleaders datang sini!! Saya akan agih-agihkan tugas. Kami, Kabin 1 akan bergerak mencari bekalan air. Kabin 2 akan dirikan khemah. Kabin 3 pula akan cari bekalan kayu api. Kabin 4 akan memasak untuk pagi ini. Pergi sekarang!!

Setelah semuanya beredar, (kecuali The Coolbabes yang ditugaskan memasang khemah) The Prettybabes mengepung Alyia.

Alyia: Okey! This is our ticket out of here. Let's go! Lili!!
Lili: Ya?
Alyia: Tiba masanya kita pulang ke kem.
Lili: Aik? Cepatnya! Bukan kita baru sampai ke?
Alyia: Yelah.. Jom!
Lili: Umm..Nak saya panggil diorang balik?
Alyia: Tak payah.. Tak payah.. Kita balik sekarang juga!
Lili: Baiklah..

Lili terpaksa akur dengan arahan Alyia. Yelah, dia tahu, sekiranya mahu menjadi ahli The Prettybabes yang ke-8, dia mestilah menuruti perintah ketuanya. Tidak boleh bantah, tidak boleh kompromi. Harus ikut sahaja.

-->The Coolbabes...

Syaza: Chika! Tengok tu! Diorang memang nak tinggalkan kitorang lah!
Sheqah: Yup! Just like they planned..
Hanan: Agaknya, diorang perasan tak?
Ain: Yelah kot.. Saya pasti, diorang mesti datang sini balik..
Syaza: Umm.. Ilya! Bawak tak tujuh peta tu?
Ilya: Bawak! Ada dalam sleeping bag saya.
Anna: Hm.. Lepas makan nanti kita cabut ye?
Nabilah: Cepatnye.. Dah nak zuhur tu, kita cabutlah.. Saya suka duduk kat sini..
Anna: Fine.. But.. Make it quick...
Syaza: Kita stay je sini.. Dah nak pukul.. 1 tu, kita cabut. Amacam?
Sheqah: Saya setuju.. Just kena pastikan map sentiasa ada!!
Ilya: Of course!!

Tengahari makin dekat tetapi The Prettybabes masih belum pulang lagi ke tapak perkhemahan mereka. Ada sesetengah dari cheerleaders sudah pun mula risau. Yelah, tidak sangka, dalam semua orang di situ, ada yang masih bimbang terhadap The Prettybabes..

Ilya: Macam mana ni? Foil lah plan kita nak cabut!
Syaza: Hmm.. Saya cadangkan, kita makan dulu, pastu kalau diorang tak datang juga, baru kita cabut! Amacam?
Nabilah: Saya okey je.. Tapi macam mana dengan yang lain? Takkan nak tinggal diorang sorang-sorang dalam hutan kot?
Syaza: Kita kena bawa diorang balik sekali!
Sheqah: Betul tu! Kita cakap kat diorang, pasal apa yang The Prettybabes dah rancang, pastu kita ajak diorang cabut!
Anna: Saya pun setuju!
Hanan: Kalau macam tu, baguslah! Saya pun tak suka duduk dalam hutan lama-lama...
Anna: Betul tu!!
Syaza: Okey.. Boleh jer..

Hmm.. Masa berlalu dengan cepatnya.. Tanpa disedari, matahari sudah pun berada tegak di atas kepala. Maknanya, sudah masuk waktu zuhur.. Ahli-ahli cheerleaders pula, sedang menikmati kelazatan ayam panggang yang baru sahaja dipanggang. Yummy!! Walaupun mereka sedar bakal menambahkan berat badan, tetapi mereka tidak kisah!

Setelah selesai menikmati makanan mereka..

Syaza: So?
Sheqah: So..
Anna: Jom! Saya nak bagitau kat semua orang sekarang juga! Saya tak kira!!!
Nabilah: Relaks dulu..
Anna: Tapi.. The Prettybabes tak datang lagi!
Sheqah: Girls! Jangan gaduh! Saya tak nak!
Nabilah & Anna: Sorry...
Sheqah: Okey, kita teruskan cadangan Syaza. Kita akan beritahu pada semua orang, plan The Prettybabes. Okey? Ilya! Boleh tolong ambil map?
Ilya: Okey!

Keenam-enam ahli The Coolbabes datang berjalan ke arah unggun api yang dipadamkan. Ilya pula bergerak ke arah sleeping bagnya dan mula mencari peta miliknya.

Sheqah: Boleh saya minta semua berkumpul?!!

Dengan segera, semua yang sedang berbual, berbaring-baring, tidur dan bergelak ketawa, berkejar-kejar datang ke arah Sheqah .

Sheqah: Okey! We have something to tell you all today! Syaza?
Syaza: The Prettybabes sudah hilang lama dah! Korang tak perasan ke? Kalau semua nak tahu, sebenarnya, mereka sedang dalam perjalanan pulang ke kem! Diorang nak tinggalkan kitorang semua di sini! Tak boleh balik! Sampai bila? Saya tak tahu.. Tapi yang pasti, kita sudah ditinggalkan..
Farhah: Tapi.. Itu tidak adil!
Syaza: Ya! Saya tahu itu tidak adil! Kita semua bernasib baik kerana kami sempat menyedari prank The Prettybabes yang seterusnya! Oleh itu, kami sudah pun bersiap sedia dengan peta sendiri. Ilya?!
Ilya: Um.. Syaza, Sheqah, Anna, Nabilah, Hanan dan Ain..
ALl: Kenapa?
Ilya: Saya terhilangkan peta saya! 

0 fan(s):