Sunday, October 18, 2009

NoMIk Special ! Episod Khas : Nina Dan Kamal ~ Berkayak Di Tasik~

Episod Khas : Kamal Dan Sharina*Nina ~ Berkayak Di Tasik ~

Tengahari itu, selepas makan tengahari, Nina datang ke arah Abang Kamal yang lagi sekali, sibuk bersama handphonenya. Apakah tujuan Nina yang sebenarnya? Mari kita baca!

Nina: Um.. Abang Kamal??
Kamal: Sekejap ye...

Selesai sahaja Abang Kamal menekan kekunci phone barulah dia berpaling ke arah Sharina atau nama penuhnya, Nur Sharina. Seketika, dia cuba meneka-neka.. Siapakah budak perempuan yang kiut-miut yang berada di hadapannya ini?

Kamal: Um.. Adik ni..
Nina: Aik? Tak ingat ke? Sayalah yang nama dia Nur Sha..
Kamal: Ha! Dah ingat dah.. NurSharina! Ada hal apa Sharina datang jumpa Abang?
Nina: Tak payah Abang panggil saya Sharina. Panjang sangat! Nina dah cukup.
Kamal: Baiklah, Nina. Kenapa Nina datang jumpa Abang?
Nina: Sebenarnya..

Sebenarnya, Nina ingin mengajak Abang Kamal keluar jalan-jalan (beraninya!). Tetapi, tiba-tiba, sifat keberaniannya itu bagaikan hilang. Melesap terus entah ke mana. Tadi bukan main lagi! Berani sungguh bertanya pada Abang Kamal, dah ada girlfriend ke.. Tak ke..

Nina: Sebenarnya.. Nina nak ajak..
Kamal: Ajak?
Nina: N-n-nina nak ajak Abang K-k-kamal p-pergi ..
Kamal: Pergi?

Nina menarik nafas yang panjang kemudian sedaya upaya menyambung bicaranya..

Nina: Nina nak ajak Abang Kamal pergi berkayak!

Dengan segera Nina menekup mulutnya. Tersilap kata. Bukannya mahu ajak pergi kayak! Tetapi mahu ajak keluar berjalan-jalan! Tersilap pula... Inilah akibat terlalu nervous.. Pada hakikat yang sebenar, Nina tidak pernah pun menaiki apa-apa kenderaan darat, atau pun pergi berenang di sungai ( yelah, anak orang bandar! ). Inikan pula mahu pergi berkayak!

Kamal: Maksud Nina, Nina nak Abang ajar Nina cara berkayak?
Nina: Ha.. Lebih kurang macam tu lah..
Kamal: Boleh je.. Dekat tasik tu ya? Hm.. Bila?
Nina: Um.. Um..
Kamal: Abang free lepas ni. Nanti Nina jemput Abang dekat pejabat Abang. Okey, Abang ada hal sekejap. Bye.

Hai.. Abang Kamal tersilap tafsirlah pula! Waduh.. Terpaksa juga terima.. Tidak mengapalah.. Sekurang-kurangnya dapat bersama dengan Abang Kamal!! Hm.. Lepas ni tu bila ye? Nina tertanya pada dirinya sendiri. Takpelah.. Nanti lepas solat Zuhur..

~♥~♥~♥~

Nina bergerak ke arah pejabat Abang Kamal seorang diri sambil memegang kamera bagi merakam saat detik-detik indah Nina dan Abang Kamal. Oleh kerana di rumah Nina ada software Photoshop, Nina berdetik di dalam hatinya mahu meng'edit' gambar detik-detik romantis Nina dan Abang Kamal. Nanti dia pasti mahu buat : Nina LOVE Kamal . Wah! Tak sabarnya! Nina membuka pintu pejabat Abang Kamal dan..

Nina: Abang Kamal!
Kamal: Huh? Ye?

Nina dapat melihat dengan jelasnya, Ummi , ahli The Prettybabes sedang duduk di atas kerusi tetamu Abang Kamal. Uh!! Jeleznye!! Eh? Siapa pula tu? Itu.. Syaza.. Ain dan juga.. Hanan! Dari The Coolbabes.. Hmm.. Pelik..pelik.. Lagi pelik, kenapa mereka menyorok di bawah meja? Dan.. Ummi beriringan dengan dua sahabatnya, Yana dan Meera! Takkanlah mereka tidak perasan kehadiran Syaza, Hanan dan Ain? Padahal, dari muka pintu pun sudah dapat mengesan mereka!

Nina faham.. Mungkin sekarang Abang Kamal sedang berdeal dengan klien : Ummi, Meera dan Yana. Takpe.. Nanti sekejap lagi, aku akan berkayak dengan Abang Kamal! Lagipun.. Kalau aku ada ... Mesti Ummi tak kacau Abang Kamal aku!

Nina: Umm.. Nina tunggu di luar ye?
Kamal: Ha... Baiklah..

Nina segera menutup pintu. 5 saat, dia meletakkan telinganya di pintu. Arghh!! Tak dapat mendengar apa yang dibualkan! Takpe.. Dia kemudiannya meng'on' kan kamera digital OLYMPUS kepunyaannya yang dibawa. Baru Nina teringat. Masih ada lagi gambar yang belum sempat di delete.

Nina melihat satu persatu gambar. Dan satu persatu gambar itulah yang dipadam. Tiba-tiba, dia terlihat satu gambar. Ini.. "NINA AND HIM FOREVER!"... Gambar itu terdiri daripada Nina dan seorang jejaka yang tampan membuat posing maut bersama-sama. Nina terdiam sejenak.

Tiba-tiba, pintu terbuka. Ummi, Meera dan Yana keluar. Ummi kelihatan bengang dan terus meluru ke arah kabin The Prettybabes diikuti oleh Meera dan Yana yang kelihatan gembira. 5 minit kemudiannya, Abang Kamal pula yang keluar. Nina cepat-cepat memadamkan gambar tersebut.

Kamal: Dah ready?
Nina: Jom!

~♥~♥~♥~

Kamal: Okey? Nina! Kenapa bawa kamera sekali?
Nina: Umm.. Supaya, Nina dapat tangkap gambar Ab..
Kamal: Gambar?
Nina: Ehh silap! Maksud Nina, Nina nak tangkap gambar kenangan first time pergi berkayak, pemandangan di tepi tasik..
Kamal: Oh..

Tiba-tiba.. KLIKK!! Satu cahaya terpancul dari kamera OLYMPUS kepunyaan Nina. Dia telah pun menangkap gambar Abang Kamal! Best!!

Kamal: Okey.. Nina.. Letak dulu kamera tu.. Pakai life jacket.
Nina: Okey! Nina dah pakai..
Kamal: Bukan.. Nina kena klipkan dulu tali tu. Meh, Abang buatkan.

Kamal mengklipkan tali dan butang bersama-sama pada life jacket Nina. Yelah, demi kepentingan, keselamatan Nina! Jika ada apa-apa terjadi, tak mahu dia masuk penjara!

Nina pula.. Oh!! Bahagianya!! Abang Kamal tolong klipkan life jacket aku!! Bestnya!! Mesti Ummi jeles ni.. Hehe.. Tangkap gambar sket! Nanti .. Hantar kat Ummi! Mesti dia jelez gila-gila! Padan muka! Lain kali jangan nak play-play dengan Kamal aku!

Kamal: Okey! Ambil pendayung tu, mula mendayung. Mula-mula gerak ke kiri, pastu , ke kanan. Okey?
Nina: Okey!

Sebagai seorang rookie , pandai juga Nina mengendalikan sampan itu. Tidak sangka Nina ada bakat sebegitu. Abang Kamal juga turut memuji Nina. Apa lagi? Bila pujaan hati memuji, pasti kembang hidung, merah muka Nina!

Sampai di tengah tasik..

Kamal: Okey! Jom balik ke tapak kem..
Nina: Sekejap!! Kita tangkap gambar sama-sama nak?
Kamal: Boleh je..

CEKITT!! Bunyi kamera. Nina berjaya menangkap gambar bersama dengan Abang Kamal! Terasa best pula! Tapi.. Dah nak balik.. Tak apa..Memory card boleh tangkap lagi satu sahaja gambar!

Punyalah sibuk mendayung dan mendayung, tidak perasan, sedikit sahaja lagi hendak sampai di kem. Beberapa meter sahaja lagi. Tiba-tiba, muncul buih-buih di sekeliling sampan yang dinaiki oleh Nina dan Kamal. Apa lagi? Panik lah Nina!!

Nina: Abang Kamal!! Apa buih tu?!! Tolong Nina!!
Kamal: Relaks, Nina.. Abang tengok sekejap...

Bagi Nina, jika keluar buih-buih, itu bermakna ada jerung ataupun buaya sedang menyorok di bawah sampan. Huh! Takut!! Nina sudah banyak kali dah tengok National Geographic apabila ayahnya alih siaran telvisyen. Orang itu biasanya kena makan atau cedera parah!

Kamal mengambil pendayungnya lalu memukul buih-buih tersebut. Nina yang ketakutan tiba-tiba terasa berani apabila Abang Kamal berbuat begitu! Inilah dikatakan Hero! Nina merasakan, dia perlu tangkap video! Nanti masuk ke dalam account youtube nya..

~♥~

Nina menukar pakaian casualnya kembali di kabinnya. Dia teringat kembali apa sebenarnya yang berlaku..

Rupa-rupanya, sekumpulan budak lelaki yang berusia dalam lingkungan 15 tahun sedang berenang di tasik itu dan kebetulan terjumpa sampan tersebut dan bersetuju diantara sama sendiri untuk mengacau orang yang berada di atas sampan itu. Tahu-tahu, kena pukul di atas kepala dengan Abang Kamal!

Budak-budak lelaki itu dihukum oleh penjaga mereka iaitu yang duduk satu tempat dengan Jungle Rock Camp itu.. Nama penjaga/fasilitator itu ialah Kak Suria. Yang berlainan hanyalah tapak tempat yang mereka duduki itu.

Kak Suria megucapkan seribu kata maaf kepada Abang Kamal. Walau Begitu, Abang Kamal tetap membantu Kak Suria merawat benjol-benjol kepala budak-budak berumur 15 tahun itu. Kerana perasaan cemburu yang sudah menjulang-julang naiknya, Nina terus pulang ke kabin dan mandi.

Nina: Kalau tak ada Kak Suria dengan bebudak nakal tu.. Mesti evening aku dengan Abang Kamal seronok.. Benci betullah!! Tak apa.. Next time.. Aku pasti dapat bersama THE PERFECT EVENING bersama Abang Kamal..

THE END!!

0 fan(s):