Saturday, October 3, 2009

Episode 2 : Jungle Camp... Oh Sadisnya!! : ☺Part 3☺

Setelah Ayu pergi ke dapur semula untuk membuat koko panas buat setiap ahli member The Prettybabes, Yana pula, mula bersuara:

Yana: Nakalnya awak , Ummi! Licik sungguh!
Ummi: Ye ke? Hehe.. Tengok kaki lah!
Yana: Tapikan Ummi.. Tadi masa Abang Kamal papah awak, saya tengok, Sharina tu.. Cemburu sungguh!!
Ummi: Ye ke? Bagos! Baru dia tahu, Ummi Nur Asifa ni sape!!
Yana: Hehe..

Baru sahaja mereka berdua hendak bergurau senda, tiba-tiba Alyia datang dengan muka yang teramatlah serius. Dia membawa masuk notebook Official TP.. Atau The Prettybabes. Catatan nota di dalam tu amatlah penting , private dan secret. Coretan prank sebelum ini juga ditulis di dalam notebook itu.

Alyia: Girls. It is time.

Setelah Alyia berkata begitu, semua muka ahli The Prettybabes terus bertukar serius. Ayu juga, yang baru sahaja pulang dari dapur juga menurut sahaja. Mereka semua tahu, Alyia bakal membincangkan sesuatu yang teramatlah serius dan tidak boleh main-main.

Alyia: Cuna. Bila Abang Kamal free?
Cuna: Setahu saya, dia free masa kita tengah makan.
Alyia: Okey. Untuk fasa 1, saya akan melantik tiga orang ahli The Prettybabes untuk menjalankan tugas ini. Siapa yang nak volunteer?
Ummi: Saya!
Meera: Bolehlah! Dapat jumpa Abang Kamal!
Alyia: Anyone else?
Yana: Yess... I'm in.
Alyia: SO, ahli official yang akan pergi mintak permission pada Abang Kamal ialah Ummi, Meera dan Yana. Cuna! Please write that down.
Cuna: Roger.
Alyia: So, saya dan Cuna ada siapkan 'skrip' untuk korang bertiga. Nah. Ambil sorang satu. Hafal apa isi dia. Pastu, nak cakap, secara spontan. Jangan ikut bulat-bulat pulak!!

Ummi, Yana dan Meera mengangguk tanda faham. Mereka tahu, ini kerja yang penting dan perlu mereka laksanakan hari itu juga. Harapnya, plan mereka ini akan perfect all the way. Tetapi.. mereka tidak langsung teringat akan serangan kembali The Coolbabes.

___KABIN THE COOLBABES___

Anna dan Ilya membaca satu persatu maklumat di dalam notebook baru The Coolbabes yang telah dicoretkan oleh Ilya dengan kemas dan juga cantik. Senang mahu dibaca.


PRANK LANCARAN KEDUA THE PRETTYBABES

Fasa 1

Ahli yang ditugaskan: ____,____,____
Apa yang perlu dibuat:
Kata/Pujuk/Puji atau apa-apa cara untuk memujuk Abang Kamal supaya membenarkan ahli-ahli cheerleaders camping di hutan. Pada:
PAGI KHAMIS. Jangan bagitahu Abang Kamal bila mahu pulang. Apabila Abang Kamal bersetuju, kata pada Abang Kamal, kami tidak perlukan supervisor. Kami sudah pun mahir dalam meneroka hutan.

Fasa 2

Ahli yang ditugaskan:_____,_____
Apa yang perlu dibuat:

Pujuk/Rasuah Lili Amnah dengan barang-barang berjenama mahal. Lili Amnah: Budak Kampung yang teringin jadi popular. Lili Amnah mesti menjadi guide masuk keluar hutan. Jangan bagitahu dia rancangan penuh kita. Hanya bagitahu dia, kita mahu cuba meneroka atau jungle trekking di hutan bersebelahan dan perlukan dia untuk guide keluar masuk hutan.

Fasa 3

Ahli Yang Ditugaskan: Semua Ahli The Prettybabes
Apa yang perlu dibuat:

Buat map untuk ketujuh-tujuh The Prettybabes. Untuk ahli-ahli cheerleading yang lain, buat peta palsu. Kerja ini diperlukan seluruh anggota The Prettybabes kerana kerja yang banyak perlu dibuat. Sediakan kompas, air, makanan spare dan juga sleeping bag. Juga sediakan selimut putih. Dipelukan untuk berpura-pura akan camping bersama mereka dan juga untuk mencari jalan keluar.

Fasa 4

Ahli Yang Ditugaskan: Semua Ahli kecuali ______,______ <-- membawa barang
Apa yang perlu dibuat:

Bawa semua anggota cheerleading masuk ke dalam hutan. Dua lagi ahli dikehendaki membawa bekalan The Prettybabes. Dua ahli ini dipertanggungjawabkan untuk check semua barang ada. Setelah selesai, The Prettybabes akan masuk. Setelah masuk, yakinkan mereka untuk set up kan khemah masing-masing, masak nasi dan lauk-pauk. The Prettybabes bertujuh akan berpura-pura keluar dari kawasan perkhemahan kononnya mahu cari air dan bekalan kayu api. Bawa Lili Amnah bersama. Dengan pertolongannya, kita keluar dan enjoy the rest of 2 setengah hari tanpa cheerleaders. Tinggalkan mereka hingga pagi Sabtu. Pada hari itu barulah kita cari kembali mereka kerana tidak mahu ketinggalan practice.

FASA 1

Ummi, Meera dan Yana segera ke almari pakaian masing-masing. Cuba memadankan pakaian yang paling sesuai buat mereka bertiga. Hmm.. Semuanya cantik! Mana satu ni...

Setelah lama memilih baju, (tak silap, dalam 1 jam kot..) tiba masa memakainya pula. Selepas itu, ber-makeup! Mereka perlu kelihatan cantik dan menarik supaya Abang Kamal pujaan hati mengikut keinginan mereka. Fuh.. Dalam masa 2 jam, ketiga-tiga ahli The Prettybabes, sudah kelihatan seperti supermodel! (lah sangat..)

~♥~

Syaza: Ain! Hanan! Cepat!
Ain, Hanan: Datang..

Syaza, Ain dan Hanan segera menyorok di bawah meja santai Abang Kamal. Nasib baik badan-badan mereka bertiga kecil, bersaiz S (ya ke?). Jika tidak, mungkin tidak muat! Yelah.. Ketiga-tiga sekaligus masuk ke dalam.

5 minit menunggu di bawah meja, kedengaran empat suara yang amat dikenali oleh mereka bertiga. Itu pastinya suara Abang Kamal, Ummi, Meera dan juga Yana!

Kamal: Masuklah. Duduk situ.

Syaza, Hanan dan Ain tidak sabar menunggu apakah yang bakal terjadi ketika itu. Mereka telah pun bersiap sedia dengan notebook The Coolbabes di tangan berserta pensel. Bersedia untuk mencatit apa-apa maklumat penting!

Ummi: Abang Kamal.. Tujuan sebenar kitorang datang sini..

Belum sempat Ummi menghabiskan kata-kata, pintu pejabat Abang Kamal terbuka luas. Siapa di pintu? Sharina!! Ketika itu, Ummi kelihatan panik seketika. Yelah, musuh dalam merampas Abang Kamalkan..

Sharina: Abang Kamal!!
Kamal: Huh? Ye?
Sharina: Nina tunggu kat luar ye?
Kamal: Ha.. Baiklah..
Ummi: Abang Kamal, kenapa dia nak jumpa Abang Kamal?
Kamal: Oh, dia cuma nak Abang teman dia pergi berkayak di tasik yang ada. Katanya, mahu Abang ajar dia cara nak berkayak.

Ummi tergamam seketika. Oh Tidakk!! Sharina sudah membalas kembali! Dia tidak boleh mengalah begitu sahaja. Ummi tekad. Dia mesti menghalang Nina! Kini, dia bertekad, mesti mengurung Nina di dalam hutan tak kira apa! Nina mesti tinggal di situ hingga hari Ahad!

Ummi: Abang Kamal, sebenarnya, kami, sebagai ahli jawatankuasa Cheerleaders, diutuskan oleh ketua, Alyia untuk meminta Abang Kamal supaya membenarkan kami membawa ahli-ahli Cheerleaders berkhemah di hutan. Camping.
Kamal: Hmm.. Abang rasa.. Boleh. Tapi, adik-adik kena isi borang ini. Pastu, hantar pada Abang. Pastu, Abang akan cari Guide untuk membawa adik-adik cheerleader semua berkhemah di hutan.
Yana: Eh! Tak payah.. tak payah.. Alyia dah tolong carikan dah.. Tidak perlu yang baru. Kami sudah ada pakar. Alyia kata, dia akan call staff dia, pastu, kami akan mendapat panduan yang paling lengkap dan best, seronok!
Kamal: Macam mana adik-adik bertiga nak call?
Meera: Itu senang, kami pinjam sahaja phone Abang!
Kamal: Hm,, kalau begitu, baiklah. Nah. Tak payah isi borang tu. Isi borang ni. Nanti Abang akan hantar kepada AJK penjaga hutan. Phone ni, pulangkan selewat-lewatnya esok. Abang ada hal nak pakai.

Sesaat setelah Abang Kamal habis berucap, Ummi mula muncung. Dia sudah mengagak! Pasti Abang Kamal mahu bermain sms dengan girlfriend :(relationship 2 tahunnya, Intan Dilyana!

Pulang sahaja mereka bertiga di kabin, Alyia yang bersifat amat prihatin terus bertanya tentang misi yang dijalankan..

Alyia: So?
Ummi: It went well..
Alyia: Ummi?
Ummi: :sigh: Nina ABS curi KA Ummi!! (ummi hampir nangis)
Alyia: Sabarlah ...

Walaubagaimanapun, dalam hati Alyia sudah pun lega kerana misi yang dijalankan berjaya. Ketua operasi sudah semestinya Alyia. Dia tidak sabar menunggu esok hari bagi Fasa 2 pula. Fasa 2: Lili Amnah!

0 fan(s):