Sunday, October 18, 2009

Episode 2 : Jungle Camp... Oh Sadisnya!! : ♣Part 5♣

Sheqah sudah pun menunjukkan riak wajah risau. Ilya memang satu-satunya ahli yang ditugaskan memegang map. Enam map ada bersama Ilya. Tapi sekejap! Sheqah sendiri ada menyimpan peta sendiri , JIC kalau Ilya terlupa. Peta itu ada dalam back pack..

Cari punyalah cari, tak jumpa jugak! Habislah.. Hah! Baru dia teringat.. Mana tak nya tak ada, udeyh lupa nak letak! Alamak! Macam mana nak keluar dari hutan ni???

Sheqah: I guess, we just have to stay here overnight,,
All: WHAT?!!
Sheqah: Nampaknya begitu.. Kita tiada pilihan lain lagi.. Sori ye? Saya tak dapat nak tolong korang semua.. :weeps:

Baru sahaja Sheqah mengumumkan kepada semua ahli cheerleaders tiada jalan keluar, tiba-tiba mereka semua terdengar bunyi dari semak-samun di keliling mereka.

Nina*TC*: Apa tu??

Keadaan semakin suspen. DUSH!! Tiba-tiba kedengaran bunyi sesuatu jatuh. Bunyi itu datang dari sebuah pokok. Apa yang terjadi? Sekumpulan dari ahli Cheerleaders mula bergerak ke arah bunyi tersebut.

Baru sahaja satu tapak melangkah ke arah pokok tersebut, tiba-tiba....

Ummi: Argh!!
Alyia: Lili!! Apa awak ni! Jangan nak lari dari saya! Padan muka jatuh pokok!
Lili: Lari!!
Cuna: Jangan cuba nak lari!
Yana: Hey! Lili! Penipu!

Rosliza Rohayu, atau nama panggilannye, Liza,dengan beraninya, datang dekat pada Meera yang agak diam. Mungkin dia masih terkejut kot. Baju sports yang sebelum ini dipakai elok, sudah bertukar menjadi koyak-rabak. Rambutnya yang cantik dan kemas diikat tiba-tiba pula jadi serabai. Begitu juga ahli-ahli The Prettybabes yang lain.

Liza: Ameera!
Meera: What! Awak pun nak tipu saya?
Liza: Come on.. Kita pernah jadi kawan bukan?
Meera: Apa yang awak nak?
Liza: Saya cuma nak tahu saja.. Apa dah jadi?
Meera: Are you ****** or what? Takkanlah saya nak bagitahu!
Liza: IRA! Sejak bila awak pandai mencarut?

Ya! Sebenarnya, pada dua tahun yang lepas, Liza dan Meera, yang best friend forever dari Lady Bird Kindergarten hinggalah ke Tingkatan 3!

Meera: Dont ever call me Ira again!
Liza: Ira..
Meera: Shut up!

Meera dengan angkuhnya berjalan pergi meninggalkan Liza keseorangan kembali. Liza hanya mampu mengeluh melihat keangkuhan ex-friendnya. Dahulu dia tidak begitu. Entah apa yang berubah...

Semua ahli cheerleaders hanya mampu menyaksikan sahaja peristiwa The Prettybabes MENGEJAR Lili Amnah. Sekurang-kurangnya, terubat juga hati mereka dengan gelak tawa sesama sendiri! Manakan tidak, The Prettybabes yang popular, 'bermain' kejar-kejar dengan Lili Amnah!

10 minit kemudian, mereka hilang dari pandangan. Tetapi, The Coolbabes sudah tidak pedulikan kehilangan atau kemunculan The Prettybabes atau sesiapa pun lagi. Sekarang, mereka sedang mengadakan mesyuarat yang bakal mengubah cara kehidupan mereka!


Sheqah: So.. Macam mana pun caranya, kita akan terperangkap dalam hutan.
Anna: WHAT??!!
Sheqah: Until.. Somebody finds us..
Anna: Oh..
Nabilah: Tapi.. Sampai bila?
Sheqah: Itu , saya tak tahu... 'sigh' Think girls! Think!
Syaza: Saya ada terfikir.. Tapi..
All: Tapi?!!
Syaza: Tapi mungkin tak akan jadi sebab..
All: Sebab??!!
Syaza: Sebab plan saya ni, kena cooperate dengan The Prettybabes!
All: WHAT??!!
Anna: Sekejap.. Sekejap.. Macam mana pulak kena cooperate dengan The Prettybabes?
Syaza: Ini plan kita.. Mula-mula, kita kumpulkan dahulu semua ahli-ahli cheerleaders. Kita tanya, siapa yang paling berpengalaman dalam hutan.
Ilya: Dan..
Syaza: Dan.. Kemudian, selepas kita berjaya set-up kan semuanya, kita perlukan satu alat perhubungan yang hanya The Prettybabes ada!
Sheqah: Apa benda tu?
Syaza: Cellphone!!
Hanan: Bukan saya baw.. Oh tak.. Baru saya ingat.. Diorang semua ada kata.. Tak boleh bawa phone pergi masuk hutan.. Kononnya takut hilang lah.. Itulah.. Inilah..
Syaza: Dan saya tahu, kitorang memang mematuhi peraturan tu.. kecuali..
Ain: The Prettybabes yang paling suka langgar peraturan!!
All: BINGO!!


Sheqah dan The Coolbabes yang lain bergerak ke arah The Prettybabes yang kini sedang berehat di bawah sebuah pokok yang rendang sambil minum air masak yang sejuk yang dibawa dari kem.

Alyia dengan pantasnya menyedari tujuh susuk badan berada dihadapannya. Dia dengan cepat membetulkan rambut, posisi kedudukan dan muka putih bersihnya. Kemudian, dia bangun.

Alyia: Ye? Kenapa?
Sheqah: Um.. Hanan! Cakap!
Hanan: Kami nak tanya.. Kenapa korang kejar Lili tadi?
Alyia: Oh.. Tu.. Meera! Explain!
Meera: Sebenarnya, kisahnya begini...

----!!

Alyia: Eh? Betul ke kita lalu jalan ni?
Lili: Betul.. According to the map..
Alyia: According to the map?
Lili: Eh? Betul lah! Kita dah lalu jalan ni dua kali!
Alyia: See? I was right!
Lili: Umm..
Alyia: Umm ape lagi? Cepatlah bawak kitorang balik kem! Saya tahu, awak kan pakar! Tak ada map pun tak apa!
Lili: Ha.. Baiklah..

Lili mula berfikir sejenak. Tidak mungkin dia boleh keluar dari hutan ini dengan hanya mengikut firasat sendiri! Dia bukan SUPERHUMAN. The Prettybabes sudah memaksa. Mereka mahu saangat keluar dari hutan ini. Fikir Lili.. Fikir.. Fikir bagaimana nak bawak diorang ke satu tempat pastu... Ha!!! Dah dapat!

Lili: Okey! Girls.. Follow me!!

Alyia dan yang lain hanya mengikut sahaja. Tidak ada bantahan kerana mereka percaya sepenuhnya kepada Lili. Tiada ragu-ragu. Lili membawa mereka ke sebuah gua. Cuna mula pelik..

Cuna: Lili? I thought you are going to take us home!
Lili: Yes! Um.. This is.. Umm.. Ape tu? Um.. Shortcut!
Alyia: Ha! Bagus! Lagi cepat.. Lagi bagus!
Lili: Um.. Alyia? Boleh tak saya nak jaga di gua di luar, korang semua masuk dalam. Ye lah.. Apa-apa jadi, saya boleh maklumkan kepada korang..
Ummi: Kalau awak kat luar, macam mana kitorang nak pergi balik kem?
Yana: Betul tu! Siapa yang nak guide kitorang balik kem?
Lili: Macam ni.. Dalam gua tu, ada satu je pathway.Korang ikut je pathway tu. Sure sampai!
Shikin: Well... Okey.. ?

Ketujuh-tujuh gadis itu terus berarak masuk serentak ke dalam gua yang agak kecil itu. Sementara mereka di dalam, Lili cepat-cepat cabut lari dari situ! Apalah nasib The Prettybabes yang menyebabkan pakaian mereka kotor teramat??

The Prettybabes meneruskan perjalanan ke dalam gua itu. Mereka tidak tersangka langsung mereka sebenarnya ditipu sehinggalah..

Yana: Alyia! Dead end!
Alyia: What??
Ummi: AAARRGGHH!!!
All: Ummi! Kenapa??!
Ummi: T-t-tuu...

Ummi menundingkan jarinya ke arah satu makhluk Tuhan yang sedang berlegar di dinding. Sikit lagi.. Sikit lagi.. Dah sampai! Di mana? Kepala Ummi!!

Apa lagi? Teruslah Ummi cabut! Ahli The Prettybabes yang lain juga turut ikut jejak Ummi yang melarikan diri. Oleh kerana mereka semua atlit-atlit sukan yang amat gah popular, larian mereka teramatlah laju sehinggakan tidak sampai 5 minit, semua sudah memecut keluar dari gua tersebut!

Alyia: Habis! Baju Adidas ku!!

Ummi: Get it off! Get it off!!

Meera dengan pantas dan tangkas sekali mengambil ranting kayu dan memukul dahi Ummi. Lipan itu akhirnya mati juga. Tetapi..

Meera: Ummi!!
Shikin: Ummi!
Alyia: Ummi!
Cuna: Ummi!!
Yana: Ummi!!!!!
Ayu: Ummi!!

Ummi terus rebah ke tanah. Bagaikan pengsan pula. Di dahinya timbul benjol besar yang berwarna kemerah-merahan. Meera menggigil ketakutan. Alyia tergamam. Cuna terkejut. Shikin tersedak. Yana menerjah ke arah Ummi. Ayu... kekal senyap.

Yana: Ummi!! Bangun!
Cuna: Ketepi! Ketepi!!

Cuna datang dengan sebaldi air lalu disimbah ke muka Ummi. Ummi dengan lajunya bangun dan terus menjerit bagaikan orang kena histeria. Yana sudah pun mengucapkan syukur alhamdulillah dalam hati kerana sangkakan Ummi sudah pengsan dan tidak akan bangun lagi.

Yana: Alhamdulillah.. Ummi! You are awake!
Ummi: AAAAHH! Kenapa basah??!!
Cuna: Sebab baldi ni..
Ummi: FUh... Shivering..
Yana: Jap.. Nah! Ambil ni!
Ummi: Terima kasih... Burr..

Alyia: Cuna! Jom! Kita kejar Lili tu! Yana! Help Ummi out! Yang lain.. Jom kejar LILI AMNAH!!

♠-♠-♠-♠-♠

Meera: Dan.. Begitulah kisahnya..
Alyia: Thanks, Meera. Hah! Apa lagi tercegat-cegat kat sini? Cepat pergi blah dari sini!
Syaza: Relaks.. Relaks.. Kami ada perkara yang mahu dicakapkan..
Alyia: Ha.. Cakaplah!
Syaza: Sebenarnya.. Kami nak.. kita bekerjasama untuk keluar dari hutan ini!
Alyia: What??!! No way!
Hanan: Come on! That would be the only way for us to get out of here!
Shikin: No way am I working with you kidS!
Anna: Eh? Mulut tu jaga sikit okey?
Ummi: Alyia.. Saya rasa.. Saya setuju dengan plan diorang..
Alyia: Are you serius?
Ummi: Yes.. They might be the only chance we're getting out of here!
Cuna: Saya pun setuju dengan Ummi.
Yana: Me too..
Ayu: Me three.
Meera: Saya.. pun.
Alyia: Okey! Fine! Kita ikut plan diorang but remember! We are still the ONE AND ONLY Prettybabes!
All: Roger!

Alyia bergerak ke arah Sheqah dan The Coolbabes. Lantas, Alyia berkata:

Alyia: We're in.

Cheerleaders yang berada di belakang, tak semena-mena meloncat-loncat kegembiraan apabila Alyia berkata. Yelah, dapat keluar dari hutan kan.. Best!!

◘-◘-◘-◘-◘

Malam tiba. Tidak seperti biasa, The Prettybabes kali ini tidak panik pula. Mungkin kerana sudah pun bersiap sedia membawa sleeping bag masing-masing. Khemah boleh dikongsi. Semua cheerleaders berkumpul di Bon Fire. Mereka mengelingi tempat itu. Alyia seterusnya berdiri.

Alyia: Okey. Let's start. Sebagai permulaan, saya nak umumkan. Lili Amnah secara rasminya terkeluar dari geng Cheerleaders menjadikan simpanan kita hanya dua orang. Sekarang, saya jemput Syaza dan Yana sebagai ketua Operation Get Out. Silakan.
Yana: Operation Get Out akan dijalankan bermula pada pukul 11 malam iaitu sekarang. Syaza. Please..
Syaza: Okey. Fasa 1. Mula-mula sekali, kita akan cuba contact Abang Kamal. Fasa 2. Cari jalan keluar. Fasa 3. Keluar dari hutan. Masa Fasa-fasa ni , Insha-allah, tak lama. Dalam.. lusa dah boleh keluar dah.
Yana: Sekarang juga kita akan mulakan Fasa 1. Okey! Sesiapa yang bawa handphone, letak dalam bakul ini!!

Yana mula mengelingi setiap ahli Cheerleaders. Satu-persatu handphone diletakkan. Selesai sahaja dia mengeliling, Yana mula mengira berapa handphone yang ada.

Yana: Hm.. Dekat sini ada.. 10 handphone. Cukuplah.. Okey! Siapa volunteer nak pegang handphone??

Serentak semua ahli Cheerleaders mengangkat tangan. Yana mula memilih secara random. Ini Mini Mieniy Mo.. Tu! Hm... Bolehkah Abby buat?

Yana: Okey! Yang terpilih.. Abby! Amira Syabihah sila ke hadapan.
Abby: Terima kasih..
Yana: Abby, awak akan pegang handphone IPhone 3G ni dan awak yang akan buat call untuk Abang Kamal.
Ummi: Yana!!!
Yana: Yezz, Ummi?
Ummi: Saya naaakk!!
Yana: Sorry.. But Abby is the chosen one..
Ummi:
Yana: Berbalik pada tadi.. Abby, awak akan berdiri di atas pyramid yang bakal kitorang bina. Awak akan cari signal dan sebaik sahaja signal tu ada, awak kena cepat-cepat call Abang Kamal. Faham?!
Abby: Faham!
Alyia: Okey!! Cheerleaders! Rumble! We are going to make a pyramid! 1! 1! 1, 2 ,3, 4!

Semua ahli Cheerleaders mula bergerak dan mula membentuk pyramid satu-persatu. Pada asalnya, Alyia yang sepatutnya berada diatas tetapi oleh kerana Abby yang dapat memegang handphone, Alyia terpaksa turun ke yang nombor dua..

Semua mereka mula membentuk pyramid dengan 6 dibawah skali diikuti dengan 5, dan seterusnya 4 ,3 dan akhir sekali Abby. Alyia pula hanya duduk di hadapan pyramid dan mengarah itu dan ini. Tiba-tiba sahaja, iPhone 3G milik Alyia berbunyi.. beep..beep.. Abby cepat-cepat mendail nombor Abang Kamal. Berjaya!!

Abby: Hello? Abang Kamal? Abang masih bangun?
Kamal: Ya! Abang tengah sibuk main sms nih.. Ni siapa?
Abby: Ni Abby..
Kamal: Bukan korang semua dekat hutan ke?

Tiba-tiba, dari bawah, Ummi menjerit:

Ummi: Abbby! Cepat sikit! Saya dah tak tahan ni!!
Abby: Okey!!

Abby: Abang.. Boleh tak.. Kalau Abang.. Jemput kami balik esok hari?
Kamal: Boleh. Tapi bukan nak duduk situ seminggu ke?
Abby: AH.. Tak jadi .. Ad...

Belum sempat Abby menghabiskan kata-katanya, pyramid yang dibina tumbang. Semua ahli Cheerleaders berbaring diatas sesama sendiri. Sekali pandang, macam gadis-gadis cantik sedang berbaring.. Dua kali pandang, macam sampah merata-rata!

0 fan(s):