Tuesday, October 27, 2009

Episode 2 : Jungle Camp!!! Oh Sadisnya... ♣Part 6♣ Last Part

Sebaik sahaja semua Cheerleaders sudah pun okey, Alyia datang dekat kepada Abby.

Alyia: How was it?
Abby: Oh.. Fine.. I'm not bleeding.
Alyia: No.. Not you! Call.. How about the call?
Abby: Oh.. Okey je.. Abang Kamal kata dia boleh gerak esok.

Tiba-tiba, iPhone 3G Alyia berbunyi. Mesej!!


Abby. Abang Kamal boleh datang besok. Tapi besok tengahari. I guess you girls just have to stay there. Insha-Allah, Abang cepat sampai. oH.. Abang lupa nak bagitau. Kalau ada apa-apa, Mesej je Abang. Toksah susah2 call.. Kan membazir kredit.. Dalam hutan tu, ada line. Tak caya, cuba cek dia punye bar.

Salam, Abang Kamal


Alyia sedikit terkejut. Dia cek bar yang menandakan sama ada , ada line atau tidak. Cakap Abang Kamal memang betul! Bar tersebut full! Kelima-lima bar penuh diisi. Sia-sia sahaja mereka membuat pyramid..
Huhuhu....

Malam itu, semua ahli Cheerleaders tidur dengan nyenyaknya.. Kecuali... The Prettybabes. Mereka terpaksa berkongsi khemah yang dibawa oleh salah seorang ahli Cheerleaders yang baik hati sungguh bernama Rosliza Rohayu. Tetapi, Liza ni pula terpaksa tidur dekat khemah orang lain.. Kesian.. Kesian.. Setiap 5 minit, mesti ada yang merungut..

Alyia: Ah!! Nyamuk gigit ku!
Ummi: Tu! Tu! Tu apa??!!
Meera: Tolong!! Ada kumbang!
Cuna: Gatai.. Gatai.. Nyamuk!
Shikin: Waduh.. Apa pula yang berkelip-kelip nih??!!
Yana: Cicak!!
Ayu: Korang!!
All: Yes??
Ayu: Stop complaining!! Kita kena survive for the night lah..

Tiba-tiba, khemah mereka bergoyang..

Ummi: Yana! Apa tu??
Yana: Saya mana tahu! Saya pun tengah takut ni..
Cuna: Fulamak.. Macam mana ni? Entah-entah.. Beruang kat luar tu!
Alyia: Beruang?! Kalau dia makan kita..
Meera: Subhanallah.. Walhamdulillah .. Wala Ilaha Ilallah WallahuAkbar Subhanallah.. Walhamdulillah.. Wala Ila Ha Ilallah Wallahuakbar.. Cepat! Zikir!

Dan.. Buat pertama kalinya, ketujuh-tujuh The Prettybabes mula berzikir dengan kuatnya. Memang pada masa tulah baru nak ingat Allah.. Mereka tidak sedar.. Apa yang berlaku di luar ..

Kecoh sungguh di luar sana. Memang jelas terdengar bunyi suara-suara manja dan merdu di luar. Salah seorang dari mereka, Ayu mula memberanikan diri untuk ke luar. Ya! Keluar dari khemah!

Alyia: Ayu.. Careful ya.. Hati-hati.. Nah! Amik kayu ni!
Ayu: Terima kasih.. I'll do my best..

Ayu perlahan-lahan tunduk dengan memegang besbol bat nya dengan gaya yang memang kononnya pandai bermain besbol. Dia mula bergerak perlahan-lahan ke arah pintu khemah yang agak kecil itu. Sampai sahaja mereka di luar..

Ayu: AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAARRGHH!!!!

Alyia: Ayu!!! Girls! Something is happening and we got to know what it is!
Girls: Um.. Okay..

Setiap dari enam orang gadis yang cantik manis kini sudah lengkap dengan senjata seorang satu.

Alyia: On my count of three, everybody serbu, okey?
Girls: Okey!
Alyia: 1...

Alyia bersedia dengan kekudanya..

Alyia: 2...

Dia sudah mula bergerak perlahan-lahan ke arah pintu khemah ..

Alyia: 3!!!!


Serentak keenam-enam orang serbu keluar dari khemah dan mula memukul-mukul orang yang berada di hadapan khemah tersebut. Mereka semua memukul dengan sepenuh hati, dengan harapan orang atau sesiapa pun makhluk tersebut lari. Sehinggalah..

Ayu: Stop!!
Ummi: Huh??!!

Ummi segera menghentikan pukulannya. Begitu juga lima lagi yang lain. Mereka melihat di sekeliling mereka. Nampaknya, semua ahli cheerleaders mengerumun mereka. Ayu pula hanya boleh kelihatan dari jauh. Ummi perlahan-lahan menunduk untuk melihat siapakah gerangan orang yang dipukul oleh The Prettybabes tersebut.. Abang Kamal!!

Kamal: Aduh.. Sakit..
Ummi: Alamak!! Abang Kamal?!

Tiba-tiba, Nina (ABS) datang ke arah Abang Kamal. Pada mulanya, dia hanya berada di tepi khemah jiran The Prettybabes tetapi apabila Abang Kamal berkata Aduh.. Dia terus datang dengan paniknya!!

Nina: Abang Kamal.. Are you okay??
Ummi: Oh no.. Abang Kamal! Jangan mati!! Abang Kamal.. Please!! Jangan mati!!
Kamal: Adush.. Ah.. T..t..
Nina: You did this!
Ummi: Eh? Yelah tu! Saya tak delah pukul seteruk tu! Okey??
Nina: Alasan! Awak pukul jugak kan?
Ummi: Netherless...
Kamal: Abang.. Okeylah.. Cuma.. bengkak-bengkak sikit..
Nina: Meh.. Nina rawatkan.. Tapi..
Ummi: Tapi?
Nina: Nina tak ada First Aid Kit..
Ummi: Abang Kamal jangan risau.. Ummi ada! Meh.. Ummi rawatkan ya??
Nina: Tak!! Ummi bagi kat Nina.. Pastu Nina rawatkan okey?
Ummi: No Way! Ummi punya.. Ummi lah rawat!!
Nina: Nina lagi pandai lah!
Ummi: Tak kisah lah!! Ummi nak jugak!!
Kamal: Actually.. Korang berdua tak payah susah-susah.. Abang dah boleh jalan.. Lebam sikit je.. Abang datang ni pun.. Nak bawak korang semua keluar dari hutan ni..
Ummi: Cepatnya!
Nina: Tu yang bagusnya!!!
Kamal: Jom! We need to move fast.. Takut terserempak dengan benda yang tak patut pulak.. Semua orang dah pack.. Korang je belum..
Ummi: OH.. Sekejap je ...

1 jam 30 minit kemudian..

Ummi: Okey! Jom bertolak!!
Kamal: Bukan sekejap je ke? Ni dah.. 1 jam 25 minit lebih..
Ummi: Tak pelah.. Jom! Ummi papahkan..
Nina: Ummi papahlah belah kanan.. Nina papah belah kiri..

Ummi hanya mengiyakan sahaja tanpa banyak songeh. Dia tahu dia yang melewatkan masa. Nanti sampai kem tak dapat menikmati kesedapan tidur..

Kamal tak lama kemudian dapat bangun dengan teguh dengan bantuan Nina dan Ummi. Dia kemudiannya mulai jalan terjonket-jongket walaupun sudah di papah. Walau begitu, jalan yang dilalui tetap sama.

Alyia melihat jamnya seketika. Sekarang pukul.. 3 pagi! Alamak... Kita kat mana ye? Hm.. Alyia bertindak mahu bertanya pada Abang Kamal mereka sekarang sudah berapa suku hendak sampai ke Kem semula.

Alyia: Um.. Abang Kamal..
Kamal: Ya?
Alyia: Bila kita nak sampai?
Kamal: Sekarang pukul berapa?
Alyia: 3 pagi.
Kamal: Oh,. paling cepat pun kita sampai pukul 4.30 pagi so... kena kuat sikitlah, ya?
Alyia: Ha.. Yelah..

5 minit kemudian, Ayu mula melangkah dengan songsang. Tidak lagi seperti sebelum ini, dia mampu berjalan catwalk tanpa apa-apa halangan. Tetapi?? Alyia mula perasan kepelikan pada Ayu lalu segera mendekati dirinya dengan Ayu...

Alyia: Ayu? Are you okay?
Ayu: ha.. slolala.. hm.. hm.. baik.. nanti saya buat.. terima kasih.. ya cik? nak apa...
Alyia: Ayu??

Tiba-tiba, salah seorang dari ahli cheerleaders, Dina datang mendekati Alyia. Niatnya lain....

Dina: Alyia!
Alyia: Ya??
Dina: Saya rasa .. Saya tahu kenapa Ayu macam tu..
Alyia: Kenapa?
Dina: Biasanya kan.. Pukul 3 pagi lah orang start buat benda-benda pelik..
Alyia: Hah? Apa maksud awak?
Dina: Nak dengar cerita tak??
Alyia: Nak!!

Dina: Pada suatu hari.. Ada seorang budak perempuan, bernama Aryna. Hari itu, mak dengan ayah dia, keluar pergi dating sesama sendiri. Dia tinggal seorang. Dia anak bongsu. Abang dan kakak dia semua kat kolej. Ada exam. Dia jenis yang paling tak suka tidur awal. Tapi, dia tak pernah tidur selepas pukul 3 pagi. Paling lewat pun.. Pukul 1 pagi. Pastu mak dia mesti menjenguk dia suruh dia tidur. Jangan lekat sangat kat komputer tu!

Sebelum mak dia keluar, mak dia ada pesan, jangan main komputer sampai lebih dari pukul 3 pagi. Takut ada pape berlaku. Pukul 1 pagi, mak dia call, kata tak balik malam ni. Esok baru balik. Tu pun tengahari. Pastu, mak dia suruh dia tidur.. Aryna nih, dia degil. Tak suka ikut cakap orang. Yelah, anak manja.. Dia tetap nak main komputer sampai lebih pukul 3 pagi..

Ding Dong! Jam Grandfather clock Aryna tiba-tiba berbunyi. Sebelum ni, Aryna punya jam mana ada bunyi! Aryna ni, dia cepat takut! So, dia pun tutup komputer secepat mungkin dan pergi dalam bilik dia tidur..

Oleh sebab mak Aryna ni terlalu risaukan Aryna, mak Aryna yang bernama Puan Arini terus mencadangkan kepada suaminya, Aram supaya balik. Encik Aram tidak bersetuju. Pada pendapatnya, mereka patut tunggu sahaja. Tetapi, kerana Puan Arini terlalu mendesak, Encik Aram pun ikut balik.. Tetapi! Mereka sampai di rumah pada pukul .. 4 pagi.

Sampai sahaja di rumah..

Alyia: Ha.. Sambong..
Dina: Tak mau!! Saya pulak yang rasa takut ni..
Alyia: .. Saya nak dengar ceritanya!
Dina: Um.. Saya takutlah......
Alyia: CEPAT!!
Dina: Um.. Rumah mereka bersepah sungguh masa tu!! Pastu, Aryna...
Alyia: Aryna?
Dina: Aryna berjalan songsang songsang tanpa arah tujuan lalu keluar ikut pintu dan kena langgar dengan kereta THE END!!
Alyia: Lah.. Tak takut pun..
Dina: Saya tak nak cerita.. Sekarang malam-malam... Tak mau..
Alyia: Cerita!! Saya nak tahu! Kalau tak, saya tinggalkan awak dekat tepi hutan ni sorang-sorang!
Dina: Oke.. Oke...

Bila Puan Arini balik, dia nampak rumah dia tunggang langgang dan bersepah-sepah. Padahal, sebelum dia keluar bersama Encik Aram, rumah sungguh bersih. Puan Arini mula suspek yang Aryna mengadakan parti di rumahnya. Dia pun mulalah mencari Aryna...

Sampai sahaja di bilik Aryna, Puan Arini tidak terkejut melihat Aryna tiada di situ. Puan Arini bergerak pergi ke arah komputer. Kemudian, dia nampak.. Aryna sedang bermain komputer!

Alyia: Okey.. Ape yang seramnye?
Dina: Aryna kan tengah tidur.. Awak rasa, siapa yang tengah main komputer?
Alyia: OKey.. Okey.. Saya faham..

Kamal: Okey! Kita dah sampai! Sikit jer lagi tuh!
Alyia: Fuh... Nasib baik..

Akhirnya, setelah lama berjalan di dalam hutan, mereka akhirnya sampai juga ke destinasi tetapi..

Kamal: Awakk??!!

0_End Of Episode 2_0

0 fan(s):