Sunday, October 18, 2009

NoMIk Special ! Episod Khas : Liza Dan Ira ~Best Friend For . ...?~

NoMik Special : Liza And Ira ~ Best Friends For..?~

Liza melangkah pintu pagar Seri Bangsar itu bersama dengan rakan baiknya yang teramat, Ira. Tahun itu tahun pertama dia dan Ira melangkah ke Sekolah Seri Bangsar. Mereka bakal menghadapi PMR tahun ini. Bermakna, mereka tingkatan 3 lah..

Liza, Rosliza Rohayu Binti Mohd Alwi. Ira pula,Putri Nor Ameera Bt. Adnan ( VIP ).

Puan Hajah Zainah: Assalamualaikum, semua! Hari ini tiba lagi hari yang baru buat permulaan persekolahan tahun 2007. Pihak sekolah amat berbangga kerana tahun ini adalah tahun ketiga sejarah tingkatan 3-5 diteruskan. Baiklah. Tahun ini, kita ada seorang pelajar special. Saya ingin persilakan, Cik Alyia!

Alyia: Terima kasih, Puan. Hello to all! My name is.. Alyia Farzana Bte. Tan Sri Mohd All Jafri. I'm sure you've heard about my father! Saya cuma hendak beritahu kepada semua pelajar Seri Bangsar, Tingkatan 3, anda semua akan menerima kerusi dan meja baru, beserta bilik darjah yang baharu disponsorkan oleh my daddy, Tan Sri Mohd All Jafri! That's all!

----x_x------

Hari berganti hari. Malam berganti malam. Siang berganti siang. Baru sahaja 5 hari bersekolah, tiba-tiba, Alyia Farzana yang kini sudah famous kerana membuat ucapan di hadapan berkata..

Alyia: Hi to all 3 Aries' students! Of course, I am one of you! Saya cuma hendak maklumkan to the girls, I will be watching you!

Liza sedikit hairan dengan kata-kata Alyia. Dia pelik dengan ayat ini,

" I WILL BE WATCHING YOU! "

Tapi, Liza teramatlah pasti, kawan baiknya tak akan terpedaya dengan kata-kata tersebut. Dia dan Ira akan kekal BFF! Tak kira apa!

~*#*~*#*~

Sejak dua menjak ini, Liza dan Ira tidak lagi seperti belangkas. Sekejap sahaja. Sesekali, Ira menghilangkan diri tanpa pengetahuan Liza. Ada udang di sebalik batu ni.. Liza ingin sangat tahu. Apa yang terjadi? Well.. Soalannya bakal terjawab apabila ada pengumuman yang dibuat dengan speaker sekolah..

Kerani: Perhatian kepada pelajar-pelajar tersebut, sila ke perpustakaan sekarang juga!

-Alyia Farzana Bte. Tan Sri Mohd All Jafri
-Nur Jannatul Husna Bte. Dato Rozaimi
-Ummi Nor Asifa Bte. Dato Shafiee
-Putri Nor Ameera Bte Adnan
-Nor Dayana Bte Shahrul Riza
-Nur Ashikin Jazzlan Bte Abdul Muhaimin
-Ain Nadiera Ayu Bte Razwan Rizal

Ulang suara..

Liza berfikir seketika. Mengapa pula Ira dipanggil ke perpustakaan bersama dengan beberapa pelajar yang tarafnya amat tinggi di sekolah ini? Pelik.. Pelik.. Tidak mengapalah.. Dia hanya tunggu dan menanti.. Pasti Ira akan ceritakan apa yang terjadi kepadanya..

###Situasi Ira...

Dalam hati Ira..
-Seronoknya!! Ni mesti aku diterima.. Berbaloi usaha aku nak masuk group tu... Best nye!! Nama aku dahlah yang keempat.. Bangga siot..Hehe.. Alyia mesti tahu aku anak VIP ni.. Nasib baik! Kalau aku tak kena panggil.. Mungkin aku terpaksa kawan dengan Liza budak tak matang.. Huh! Nak berkepit aje..

Ira segera ke perpustakaan yang besarnya memanglah besar. Sebaik sahaja dia sampai, kelihatan beberapa orang lagi pelajar perempuan turut datang sekaligus. Dia tersenyum. Ini pasti group member aku juga..

Alyia: Ha! Dah datang pon korang.. Hari ni.. Kita akan mengadakan mesyuarat pertama dan tergempak The Prettybabes! Lupa pula.. Mulai harini, anda berenam dengan rasminya , menjadi ahli The Prettybabes!! Tahniah! Anda adalah yang terpilih... Okey..

(mahu dengar butir-butir mesyuarat? www.theprettycoolbabes.blogspot.com )

------------------------

Ira pulang ke kelas 3 Aries setelah 2 jam 45 minit menghilangkan diri. Liza yang ternampak Ira berasa lega. Kini, dia mesti korek segala-galanya dari Ira..

Ira: Assalamualaikum!
Seisi kelas: Waalaikumussalam.

Sangka Liza, Ira akan duduk kembali di tempat duduk sebelahnya dan akan menceritakan segala apa yang terjadi. Tetapi, sangkaannya meleset terlebih! Ira mengambil beg dan barang-barangnya lantas berpindah di sebelah Alyia Farzana, Nur Jannatul Husna, Ummi Nor Asifa, Nor Dayana , Ain Nadiera Ayu dan Nur Ashikin Jazzlan. Mereka duduk dalam satu group.

Liza: Eh? Um.. Hanin..
Hanin: Ya?
Liza: Awakkan pakar gosip, apa dah jadi?
Hanin: Lah.. Kau tak tau lagi ke?
Liza: Tak.. Apa?
Hanin: Walaupun aku tak sepatutnya bagitau kat engkau, tapi aku bagitau jelah..
Liza: Bagitau apa??
Hanin: Sebenarnya, Ameera tu, dia pergi lepak dengan Alyia Farzana! Kononnya macam audition lah.. Alyia tu.. Dia tubuhkan group baru! Namanya.. The.. The.. Ha! The Prettybabes.. Memang sesuai dengan ahli-ahlinya.. Semuanya manis jelita... Senyap-senyap dia buat kat engkau.. Aku kesian lah.. Kau okey, Liza?
Liza: Aku okey, Hanin.. Just.. Aku pergi tandas dulu..
Hanin: Whateverlah..

Liza tidak percaya. Kawan baiknya selama ini membelakangi dia! Dia tidak sangka! Baru 5 hari sudah jadi begini! Tanpa Liza sedar, setitik demi setitik air mata jernihnya menitis ke pipi putih gebunya itu. Dia tahu, dia tidak sepatutnya tolak tawaran Alyia hari itu..

====++++====

Alyia mendekati Liza. Liza terpandang ke arah wajah Alyia yang cantik itu. Tidak semena-mena, Alyia duduk di sebelahnya.

Alyia: Hi! I'm Alyia.
Liza: Oh.. Hi! Saya, Liza.
Alyia: Full name?
Liza: Rosliza Rohayu Bte Mohd Alwi.
Alyia: Straight to the point. Saya datang ni, sebenarnya.. Saya tengok, awak layak untuk menjadi salah seorang ahli group saya, The Prettybabes. Awak sudah jelas sekali, cantik menawan. Saya dengar, ada beberapa jejaka kacak yang dah jatuh cinta dengan awak! Satu lagi, saya tahu, Ayah awak, Mohd Alwi tu, businessman. Jadi awak memang layaaak sangat!
Liza: Saya...tak boleh terima..
Alyia: Macam nilah,.. Saya nak awak fikir dulu masak-masak. Saya bagi awak peluang dua tiga hari ni. Lepas tu, baru awak cakap dengan saya. Can we do that?
Liza: Oh.. Okey..
Alyia: Toodles!
Liza: Bye..

====+++++======

Liza teringat kembali peristiwa hitam yang berlaku dua tahun yang lepas. Hingga sekarang, Ira masih lagi berjauhan dengannya. Dia tahu.. Ira masih mahu dipanggil Ira. Tetapi bagi kawan-kawannya, Ira itu nama budak kampung. Meera barulah nama glamor! Ira.. Semacam sahaja.. Walaubagaimanapun, dalam hati Liza , dia sudah tetapkan..

" Ira pasti jadi kawan aku kembali! "

THE END

0 fan(s):